Kembara Merdeka, Dari Kota Kinabalu ke Labuan

Seawal jam 6.00 pagi kami telah berkumpul di Terminal Keretapi Tanjung Aru. Muka-muka semangat ni nak kembara..

Sedikit taklimat disampaikan oleh pihak Politeknik kepada para peserta. Tengok tu, bukan main fokus mereka mendengar..
Wah, betapa meriahnya suasana didalam keretapi ni. Sambil menyanyikan lagu-lagu patriotik..
Setelah menempuh perjalanan lebih kurang 2 jam, akhirnya kami pun tiba di Stesen Keretapi Beaufort. Sebelum tu, abadikan dulu kenangan di terminal..
Jom-jom gambar beramai-ramai.. Keseluruhan peserta kembara kali ini sangat sporting.. Tahniah semua!
Sejurus dari itu, kami menuju ke Perpustakaan Negeri Sabah (PNS) Cawangan Beaufort. Inilah sebahagian barisan-barisan peserta kembara. Sangat seronok!
Berehat sejenak. Sambil-sambil tu, melihat gelagat kanak-kanak yang sedang membaca..
Kenangan ini pula sewaktu kami berada di Terminal Feri Menumbok. Cuaca pada waktu itu sangat baik. Alhamdulillah..
K, kitorang kat atas feri ini. Apalagi, snap beberapa gambar..
Angin bayu sangat mendamaikan.. Seronok korang...


Tada! Inilah feri yang kami naiki. Tu, saya kat atas sana.. nampak tak? Peace yo!
Kitorang tak nak ketinggalan juga ambil gambar ramai-ramai kat atas feri ini.. Kembara Merdeka!

Apa yang korang lihat kat gambar ini ialah, barisan Jawatankuasa Kelab Rakan Perpustakaan Kolej Matrikulasi Labuan sedang memperkenalkan diri mereka masing-masing..

Ini kitorang gambar beramai-ramai. Meriah kan.. Gabungan semua peserta program..

Keesokan paginya, kami melawat ke Perpustakaan Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL). Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya!

Selepas menikmati sarapan pagi, kami mendengar taklimat ringkas berkenaan Perpustakaan UMSKAL..

Lepas seharian suntuk bersiar-siar dan melawat tempat-tempat menarik kat Labuan, kami pun pulang menaiki feri jam 1.30 Petang. Sampai sahaja di Terminal Feri Menumbok, kami pun terus bertolak ke Kota Kinabalu. Inilah keadaan sewaktu perjalanan balik ketika berada di atas bas. Ish.ish..ish.. kembara mimpi telah bermula....


Secara keseluruhannya, saya amat teruja dengan kembara merdeka kali ini. Objektifnya tercapai dan kami berasa amat bertuah kerana turut serta dalam menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan kepada komuniti tempatan yang kami temui.


Salam Kembara Merdeka semua..










Share this:

JOIN CONVERSATION

    Blogger Comment

0 Komen membina:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen.. (^_^)*