Merasuah Ilmu, Mengorat Iblis (Part 1)


Apa yang anda faham tentang tajuk di atas? Menarik bukan? Perkataan "Mengorat Iblis" tu pun dah cukup membuatkan kita tertanya-tanya dan teruja nak tahu lebih mendalam. Fitrahnya, mengorat ni hanya manusia sesama manusia. Tetapi macam mana pula manusia boleh mengorat iblis?? Mari kita lihat satu per satu.

Apa itu "ilmu"? dan siapakah "iblis" yang dimaksudkan?

I - Idea
L - Langkah
M - Manfaat
U - Unik

Iblis ialah makhluk durhaka yang bersumpah di hadapan Allah SWT akan merosakkan dan menyesatkan manusia. Iblis ini yang kita dok dengar orang kata "iblis kamu!" merupakan simbol syaitanisme atau yang lebih mudah kita fahami simbol kepada kejahatan, kekejian, kekejaman dan sebagainya.

Kembali kepada tajuk asal kita. Bagaimana "merasuah" ilmu? Bagaimana "mengorat" iblis? 
Kata kuncinya ialah SIKAP manusia itu sendiri. Budaya yang diamalkan. 

Kawan-kawan sekalian,
"Merasuah" ilmu sebenarnya bermaksud kita menguasai ilmu tersebut. Bila ilmu kita kuasai sepenuhnya, kita dapat membanteras kejahilan. 

"Mengorat" iblis pula ialah kita memancung/memenggal iblis. Mesti anda tertanya-tanya. Bagaimana nak memancung kepala iblis sekiranya kita sendiri tidak dapat melihat iblis itu? Jawapannya, iblis yang dimaksudkan ialah kejahatan. Sebarang bentuk kejahatan mesti dihapuskan tanpa membiarkan walau satu pun yang tinggal. Dengan itu, iblis tidak akan sewenang-wenangya bermaharajalela di singgahsana bersama-sama raja mereka yang kejam yakni syaitan yang durjana. 

Sekarang baru anda faham maksud disebalik tajuk di atas kan? Iblis ni kawan-kawan, hanya dapat menguasai orang yang JAHIL. Orang jahil ini ialah mereka yang mengabaikan ilmu dan tidak mahu menuntut ilmu. Bila kita malas hendak menuntu ilmu, satu apapun kita tidak tahu. Walaupun iblis tidak dapat menguasai orang-orang yang berilmu, akan tetapi iblis ini licik. Dia akan cari jalan sehingga berjaya memujuk manusia agar lalai dalam menuntut ilmu. Mereka akan mencari kelemahan kita. Apa dia? Sikap BURUK kita.

Perangai BURUK ini kawan-kawan, adalah identiti atau simbol iblisme. Pernah dengar tak "Neo-Iblisme"? Neo-Iblisme ini merupakan penjelmaan semula iblis tetapi dalam bentuk manusia dan berTOPENGkan ilmu. Persoalannya, mengapakah muncul "Neo-Iblisme"? Belajar tinggi tapi perangai bukan main buruk.

Ilmu itu untuk diamalkan dengan cara yang baik. Oleh itu, akan melahirkan akhlak yang terpuji. Mereka inilah orang-orang yang bijak pandai dalam masa yang sama mampu membezakan mana yang baik dan buruk sekaligus membanteras kejahatan dan kejahilan. Bagaimana kita nak melahirkan golongan yang bijaksana dan budiman? Cuba anda tanya pada diri sendiri. Sebenarnya, tidak lain tidak bukan, kembalilah dimana asalnya kita. Ingat kepada Allah SWT. 

TUHAN bersumpah dengan nama PENA:
“Nuun. Demi pena dan apa yang mereka tulis jika diamalkan muncullah bijaksana budiman, jika diabaikan menjadilah tali barut Iblis”. (Surah al-Qalam: 1)

Tuhan juga bersumpah dengan nama MASA:
“Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian termasuklah mereka yang tidak mengamalkan ilmunya”. (Surah al-Ash: 1)

Kawan-kawan yang disayangi kerana Allah,
Apa syarat utama untuk kita menjadi orang yang bijaksana dan budiman? 
Tunggu part 2 ya.. 


Terima kasih kerana sudi membaca.


Share this:

JOIN CONVERSATION

    Blogger Comment

0 Komen membina:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen.. (^_^)*