Disebalik Pesanan Buat Kaum Hawa

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokaatuh.

Pembaca sekalian, saya ingin berkongsi sesuatu yang menarik. Saya kutip risalah ini dan tidak mengetahui siapa pemiliknya. Nasihat dan pesanannya sangat memberi kesan kepada mereka yang membacanya. Mari sama-sama kita hayati dan fahami maksudya.

Ya akhwat sayang. 
Dulu ada seorang srikandi Islam bernama Sumayyah. Dipaksa memilih antara keluarga dan agama. Dipilihnya yang SATU. Kerana dia tahu didunia keluarga takkan bersatu, diteguhnya hati dikuatnya iman. Dia dan keluarga bersatu di jannah . Adakah sekuat ini imanmu bila keluarga ditindas? 

Ya Haura al-Maqsurah. 
Kenalkah engkau kepada Khadijah? Aisyah? Wanita iIni kebanggaan agama. Saat dunia menentangnya dia pertahankan agamanya! Menjadi Sayap kiri suami. Adakah madu sekarang bersikap seperti mereka? 

Ya Wardhatul Syauqah. 
Zulaikha? Perdengarkanlah agungnya cinta dia pada Yusuf. Sehingga buta tak kenal dunia. Pada saat dia memilih Islam, Allah satukan Yusuf dengannya, tapi cintanya pada Yusuf tidak sekuat Cintanya pada Allah. Harinya berlalu dengan ibadah. Sehingga Yusuf yang kuat jadi lemah mendambakan kasih isterinya Zulaikha. Beginikah cintamu pada lkhwah? 

Ya Mujahidah Islam. 
Mengaku berjihad, Pernah dengar hebatnya Khaulah al-Azwar? Srikandi perang Islam. Lagaknya seperti pemuda menghunus pedang dimedan perang, bagai raksasa tangkasnya berkuda dan sekelip mata menumpahkan darah musuh durjana. Tidak dia angkuh malah malu untuk mengaku dia wanita yang berjihad bersama tentera Khalid al-Walid. Beginikah jihadmu? 

Wahai wanita solehah. 
Ratu Balqis? Fatimah? Dan ramai lagi srikandi Islam. Pernahkah kau kaji soal mereka, perjuangan mereka? kehidupan mereka ? adakah sedikit menyerupai mereka ? 

Wahai wanita akhirul zaman
Hadiah apa yg akan kau persembahkan dihadapan Allah nanti? Adakah jihad yang kau gaulkan dengan masalah hati? Mungkin kita tidak mampu untuk menandingi ketabahan kekuatan serta keimanan srikandi Islam terdahulu, kerana kilta ternoda oleh satu zaman yang penuh dengan penipuan teknologi! Penyakit hati! Sahabat yang mengaku setia padahal hati berdusta! Harta yang tak bernilai! Semua berebut untuknya. 

Ya muslimah.
Ramai sekarang orang alim pada zahir, padahal hatinya tak terlibat sama. Kata jihad, solat pun terkapar kapar. Kata sayang sahabat, tapi bila kalian ada masalah lari tinggalkan mereka, konon sahabat mereka Talam Dua Muka. Kata cintakan saudara, tapi bila bergerak dalam kumpulan pun ada sahabat yang ditinggalkannya apatah lagi diluar kumpulan. lnikah nilai syurga padamu yang ingin kau beli? 

Wahai bakal bidadari syurga. 
Fikirlah sejenak, layakkah syurga buatku? Tidak bimbangkah, bila orang bergantung harap pada kita untuk agama sedang kita sibuk fikirkan masalah hati. Wanita itu fitnah dunia, tapi yang solehah adalah bidadari dunia. Ketahuilah, orang yang benar alim tidak akan mengaku dirinya alim. Malah dia ingin berada dalam satu tempat dimana dia berjalan bercakap atau apa sahaja tiada yg melihat wajahnya. 

Ya ukhti tercinta. 
Jangan gadaikan akhirat untuk dunia. Engkau perlukan teman menasihati, bacalah kalam agung iliahi al-Quran Nur Karim pengubat hati. Bila engkau ingin berbicara dengan Allah maka solatlah, jika ingin Allah berbicara denganmu maka bacalah al-Quran. Kau akan jurnpa nikmat disebalik ayat. Sehingga rindumu berlabuh hanya pada yg Esa. 

Cukuplah dengan perkara yang jauh lebih penting. Tinggalkan perkara yang tak pasti dan sia sia. Kita terlalu sibuk fikirkan perkara kecil sehingga lupa perkara besar. Jangan ganggu singgahsana Allah (Hatimu) Semua akan indah bila tiba waktunya . Inshaa Allah.

Terima kasih kepada penulis ini. Saya rasa begitu terpanggil untuk berkongsi coretan beliau. Siapapun dia, semoga beroleh kebaikan dunia dan akhirat. Saya juga berharap, perkongsian ini membuka mata dan hati kita tentang apa yang sebenarnya kita kejar dan cari di dunia fana ini. Semoga bermanfaat.


Salam sebarkan ilmu.



Share this:

JOIN CONVERSATION

    Blogger Comment

0 Komen membina:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen.. (^_^)*