Rahsia Tersembunyi Selawat

Assalamualaikum semua. 

Alhamdulillah..bertemu kita sekali lagi di hari Jumaat yang penuh barakah ini. Sebut saja tentang hari Jumaat, pasti umat Islam sedia maklum bahawasanya kita mestilah memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Kali ini saya nak kongsi dengan pembaca semua tentang perkara yang kita tidak tahu berkaitan selawat. 

Nak tahu tak kawan-kawan, 

orang yang terawal dekat dengan nabi Muhammad S.A.W ialah orang yang banyak berselawat ke atasnya. Selawat merupakan kunci rahmat kepada kita. Allah S.W.T akan mengangkat darjat orang yang sedang berselawat. 

Ada satu kisah pada zaman nabi Muhammad S.A.W dimana baginda mendapat khabar gembira daripada malaikat Jibril A.S. Apa kata Jibril A.S kepada nabi Muhammad S.A.W?? Jibril A.S memberitahu bahawasanya sesiapa yang berselawat ke atasmu, orang itu akan mendapat ganjaran 10 kali ganda. SubhanAllah.. Besarkan ganjarannya kawan-kawan..

Kalau nak diikutkan, begitu banyak faedah dan ganjaran dalam kita berselawat. Antaranya ialah:
  1. Hajat kita akan ditunaikan Allah S.W.T
  2. Berselawat dapat menghilangkan resah gelisah
  3. Amalan kita diterima Allah S.W.T
  4. Dosa kita akan diampunkan Allah S.W.T dan banyak lagi...
Ramai yang bertanya. Berapa banyak saya perlu berselawat?
Jawapan yang terbaik ialah, terpulang kepada kita. Lagi banyak lagi bagus.

Satu perkara yang tersirat tentang selawat ialah, setiap selawat yang kita sebut akan didengari oleh Nabi Muhammad S.A.W. Masya Allah.. Ertinya, selawat mendekatkan kita dengan baginda. Selawat kita pasti akan sampai kepada nabi Muhammad S.A.W. Sedangkan Allah S.W.T, malaikat dan batu pun berselawat kepada nabi Muhammad S.A.W. Apatah lagi kita ini yang banyak dosa. Marilah kita sentiasa ingat kepada rasul junjungan kita.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda, "Barangsiapa berkumpul sambil berzikir dan berselawat ke atasku, akan aku selamatkan dia di akhirat kelak. SubhanAllah.. Dengan syafaat nabi, kita akan selamat".

Pembaca sekalian,

Orang yang bakhil tidak akan berselawat. Sebab apa? Sebab orang yang bakhil tidak mahu merebut kebaikan. Adakah kita mahu tergolong dalam kumpulan tersebut? Doa kita akan tergantung selagi kita tidak berselawat. 

Mulakanlah doa dengan selawat dan menutup doa juga dengan selawat. Sesungguhnya kunci penghubung kita dengan nabi Muhammad S.A.W ialah SELAWAT. Sudahkah anda berselawat??


Salam sebarkan ilmu.


Share this:

JOIN CONVERSATION

    Blogger Comment

0 Komen membina:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen.. (^_^)*