Kisah Sepotong Roti Penebus Dosa

Assalamualaikum Wbt..Salam sejahtera kepada pembaca budiman semua.

Pembuka tirai cerita blog saya pada kali ini berkisar tentang sepotong roti. Saya pasti pembaca semua suka membaca kisah-kisah teladan berbanding kisah yang tiada kesudahan. Betul tak?

Abu Burdah ibn Musa al-Asy'ari atau lebih dikenali dengan panggilan Abu Musa bercerita suatu kisah yang sangat memberi hikmah kepada anak lelakinya... Mari kita sama-sama selusuri kisah tersebut.

Ada seorang lelaki, rajin beribadah dan menuntut ilmu selama tujuh puluh tahun. Lelaki tersebut beramal dengan penuh istiqamah. Hidupnya diserahkan 100% kepada Allah SWT.

Pada suatu hari, lelaki tersebut tergoda oleh seorang wanita dan termakan rayuannya. Akhirnya lelaki tersebut tewas dan melakukan maksiat dengan wanita tersebut selama tujuh hari. Selepas itu, beliau tersedar rupanya itu adalah hasutan syaitan dan segera bertaubat..

Beliau pun meninggalkan wanita tersebut dan pergi mengembara. Di pertengahan pengembaraan, lelaki tersebut singgah untuk berehat di sebuah pondok. Pondok tersebut dihuni oleh 12 orang fakir miskin. Beliau melihat seorang lelaki setiap malam memberikan roti kepada fakir miskin tersebut.

Suatu malam, lelaki tersebut diberikan sepotong roti. Akan tetapi, dia terlihat ada  seorang fakir miskin tidak mendapat bahagian rotinya. Akhirnya lelaki tersebut memberikan sepotong roti itu kepada fakir miskin yang sangat kelaparan. Malang tidak berbau. Siapa tahu, keesokan harinya lelaki tersebut menghembuskan nafas terakhir dan akhirnya meninggal dunia.

Sampailah amal ibadahnya ditimbang di akhirat. Rupanya selama 70 tahun lelaki tersebut beribadah, ibadahnya hanya sia-sia kerana perbuatan maksiatnya selama 7 hari. TAPI, ingat lagi ketika beliau memberikan sepotong roti kepada seorang fakir miskin? Perbuatannya yang ikhlas membantu dikala orang sangat memerlukan bantuan tersebut nescaya memadamkan maksiat yang pernah dibuatnya selama 7 hari. SubhanaAllah..

Pembaca sekalian, pengajaran yang boleh kita dapat dari kisah sepotong roti ini sangat besar. Mereka yang meminta bantuan dari kita ialah sebenarnya mereka yang benar-benar ingin dibantu. Janganlah kita kedekut dan buruk sangka kepada mereka yang meminta tolong. Jika benar mereka berniat tidak baik, itu urusan dia dengan Allah SWT. Kita sebagai insan, laksanakan tanggungjawab dan prihatin kita kepada mereka. In Shaa Allah apa yang kita hulurkan menghapuskan dosa-dosa kecil kita terdahulu. Wallahu 'Alam.

Salam sebarkan ilmu. Moga-moga beroleh manfaat.





Share this:

JOIN CONVERSATION

    Blogger Comment

0 Komen membina:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen.. (^_^)*