Panduan menghadapi hari ujian memandu

Assalamualaikum Wbt dan salam sejahtera kepada pembaca yang saya hormati sekalian.

Disini saya ingin berkongsi sedikit tip dan panduan dari pengalaman saya kepada anda semua yang bakal menghadapi hari Ujian Memandu.
  1. Solat Dhuha. Mintalah dengan Allah SWT agar urusan kita pada hari ujian dan seterusnya dipermudahkan. Berdoalah agar Allah SWT menurunkan rezeki yang tidak putus-putus kepada kita.
  2. Bernazar. Bernazar ini adalah janji yang kita akan buat sekiranya kita diberikan balasan yang baik. Sebagai contoh, saya akan berpuasa jika saya lulus ujian memandu ini ataupun, saya akan bersedekah sekampit beras kepada setiap orang miskin kalau saya lulus dalam temu duga. Banyak lagi sebenarnya yang boleh kita lakukan untuk membalas balik kebaikan yang telah Allah SWT berikan kepada kita. Tidak semestinya bernazar. Ini adalah satu cadangan.
  3. Sarapan. Paling mustahak jangan lupa sarapan sebelum ujian. Mungkin giliran kita paling akhir. Nanti gastrik, kita tidak akan fokus. Sekiranya tidak sempat sarapan dari rumah, bawa bekal. Boleh makan ketika menunggu untuk giliran kita.
  4. Datang lebih awal.
  5. Sementara menunggu giliran untuk dipanggil, bacalah selawat, banyakkan beristighfar dan membaca al-Fatihah. Ini membantu menenangkan hati yang sedang gementar. 
  6. Berkenal-kenallah dengan rakan-rakan yang sama-sama mengambil ujian tersebut. Dengan itu, anda boleh bertukar-tukar pendapat dan berkongsi ilmu. Selain itu, Dengan adanya kawan, anda tidaklah berseorangan.
  7. Jangan bercakap hal kosong. Lepas ujian nantikan boleh sembang lebih lama. Berbicanglah berkenaan ujian tersebut sahaja.
  8. Manfaatkan ke tandas. Jangan tunggu bila nama dah nak dipanggil baru sibuk nak ke tandas. Lebih baik anda buang apa yang patut terlebih dahulu. Jadi, tidak adalah timbul isu nak terkucil. 
  9. Apabila pergi ke setiap bahagian ujian, ucapkan salam kepada penguji dan jangan lupa SENYUM. Penguji pun akan senang hati. Dan jangan lupa ucapkan terima kasih selepas selesai setiap bahagian ujian. Kesimpulannya, senyum ajelah sepanjang ujian tersebut berjalan.
  10. Tunggu arahan. Jangan jalan terus. Tunggu arahan dari penguji bila nak bermula. Berikan dia masa untuk bersedia dan anda juga kenalah bersiap sedia.
  11. Jangan tergopoh-gapah. Maksudnya, setiap pergerakan yang anda lakukan, lakukan dengan mengikut urutan dan bersikap tenang. Bila anda tenang, anda secara automatik mengingati setiap step yang diajar dahulu.
  12. Akhir sekali, jika anda lulus dengan cemerlang, perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah mengucapkan syukur pada Allah SWT yang telah mempermudahkan segalanya. Jika anda terkandas, jangan bersedih. Bersangka baiklah dengan Allah SWT. Pasti ada hikmah disebalik kegagalan anda. 
  13. Terima kasih. Jangan lupa ucapkanlah terima kasih kepada tutor anda yang telah banyak bersabar melayan karenah anda sepanjang anda belajar memandu. Anda boleh hadiahkan buah tangan ataupun belanja tutor makan. 
  14. Sampaikan berita gembira. Ni yang paling seronok. Orang yang patut anda sampaikan berita gembira anda ialah dengan ibu bapa dan pasangan. Ucap terima kasih kepada mereka kerana mendoakan kejayaan anda.
  15. Tunaikan nazar. Ingat, diawal tadi, bila anda sudah bernazar, tunaikanlah secepat mungkin. Tanda anda berterima kasih dan bersyukur dengan rezeki yang diberikan.
Saya rasa setakat ini sahaja yang dapat saya kongsikan. Walaupun tidak sedetail mana yang saya kongsikan, tapi itu sahajalah yang saya mampu lakukan. Yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan kurang dan tidak sempurna itu datangnya dari saya yang tidak seberapa ilmunya.

Wallahua'lam bissawab. Salam sebarkan ilmu.



Share this:

JOIN CONVERSATION

4 Komen membina:

  1. assalamualaikum moon..tips yg bagus utk aku bakal menghadapi ujian tersebut =) doakan aku ya ....

    ReplyDelete
  2. Waalaikumslm wbt sha.. Saya berharap tip ini membantu sha. Amalkan ye.. :-) In shaa Allah berjaya. Amin.

    ReplyDelete
  3. Amin ya rabbal alamin tq moon hehe..lepas ni boleh lah kita jalan2 kan hehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen.. (^_^)*