Tip berucap dengan cemerlang

Salam sebarkan ilmu. (^_^)


Sudah pasti semua orang jika disuruh berucap dihadapan semestinya akan ada perasaan gugup walaupun sudah berkali-kali apatah lagi pertama kali. Fitrah namanya tu.. Darah gemuruh membuatkan kita rasa gementar seluruh badan, jantung berdegup dengan laju, badan menjadi sejuk, asyik terkucil dan tidak yakin. Saya pun macam tu jugak. Tetapi, jika kita pandai mengawal suasana dan ada panduan berucap yang baik, pastinya tidak ada masalah apabila berhadapan dengan orang ramai. 

Jom ikuti saya menyelongkar cara menyampaikan ucapan dengan baik.
  • Datang awal
Datang sejam lebih awal bagi mengelakkan masalah seperti kesesakan lalu lintas. Anda juga dapat menyesuaikan keadaan di tempat tersebut seperti tahu tandas dimana, tangga pentas, tempat duduk Vvip dan memeriksa alat-alat untuk kegunaan penyampaian. Jadi, tidaklah timbul masalah pendrive tidak dapat dibaca, kabel rosak dan masalah lain yang timbul.
  • Kelajuan berucap

Cuba bayangkan anda sedang mendengar orang berucap dengan laju. Apa persepsi anda? Pastinya maklumat tidak sampai kepada anda. Anda pun dah fed up dan akan buat-buat tak dengar. Lepas tu mengelamun jauh-jauh.. Bagaimana pula semasa mendengar orang yang berucap dengan sangat perlahan, suara pun berapa kuat? Pasti 10 minit kemudian ada yang dah tidur kat belakang kan ZzZzZzZzZ.. Oleh itu, sampaikan ucapan anda dengan kelajuan yang sederhana agar hadirin dapat memahami segala yang anda perkatakan.
  • Tunggu sekejap
STOP! Janganlah redah je. Berhenti pada masa-masa yang sesuai supaya hadirin dapat memberi perhatian sewajarnya kepada ucapan anda.
  • Bernafas
Ucapan yang baik juga memerlukan pernafasan yang baik. Oleh yang demikian, tarik nafas panjang dan bernafaslah dengan tenang.
  • Jangan pamerkan perasaan tidak yakin
Anda tidak yakin? No, no, no.. Jangan pamerkan.. Nanti orang akan rasa merasakan maklumat yang disampaikan tidak betul. Nak orang percaya kita, kenalah bercakap dengan yakin dan berani. 
  • Jaga postur badan
Tidak menarik kan tengok orang yang berucap dekat depan tu membongkok, bergoyang sana-sini dan berjalan tidak tentu arah. Sangat tak best. Oleh itu, cuba berdiri tegak dan penuh semangat. Jangan letak tangan dalam poket dan jangan peluk tubuh. Cuba tengok presiden-presiden negara berucap, berdiri tegak dan bergaya kan..
  • Bercakap dengan nada yang sesuai.
Sekiranya tidak ada mikrofon, wajarlah untuk kita menguatkan suara agar hadirin yang dibelakang dapat mendengar suara anda dengan jelas tapi jangan memekik. Jika kita ada alat pembesar suara, tidak wajarlah kita menekankan suara. Pasti akan mengganggu pendengaran hadirin. Paling penting, hadirin dapat mendengar suara anda dengan jelas.
  • Gaya tubuh
Berdiri tegak bukan bermaksud berdiri seperti patung. Salah tu. Gunakan gaya tubuh yang sesuai. Sebagai contoh, anda membentangkan kertas kerja, naikkan sebelah tangan anda ke arah slide bagi memberi lebih pemahaman lebih kepada hadirin tentang apa yang anda sampaikan.
  • Enjoy!
Saya teringat tip dari seorang pengacara majlis yang saya kagumi. Kata beliau, apa saja yang anda lakukan, lakukan dengan perasaan yang seronok dan enjoy! Pasti hasilnya akan cemerlang dan memberangsangkan kerana anda lakukan dari hati. Sudah tentu perasaan yang gembira memberi kesan kepada penyampaian anda.
  • Latihan
Practice makes perfect. 


Tip diatas ini boleh juga diaplikasikan apabila dalam situasi temu duga, pembentangan, berucap dengan pelanggan, berada dikaunter hadapan dan dimana saja yang anda rasakan membantu meningkatkan potensi diri anda. Selamat mempraktikkannya. Anda pasti boleh!



Rujukan
Mohd, F. K dan Ashadi, Z. 2004. Cerita-cerita motivasi untuk usahawan. PTS Publications & Distributors Sdn Bhd, Pahang Darul Makmur.

dan pengalaman sendiri..


Share this:

JOIN CONVERSATION

2 Komen membina:

Terima kasih kerana sudi komen.. (^_^)*