7 Tip mengingati nama orang

Assalamualaikum Wbt.

Apa khabar semua? Sihat? Alhamdulillah.. Hari tu terjumpa dengan seorang kawan baru yang sangat mesra. Siapa ye nama dia? Sehingga habis perbualan pun masih tidak dapat nak ingat nama dia. Kan dah terlepas kawan yang baik.

Apabila anda mempunyai  ramai kenalan baru ataupun ramai pelanggan yang seringkali berurusan dengan anda, mengingati nama mereka merupakan satu kemestian bagi mengeratkan ukhuwah yang baru terjalin. Bagaimana nak mengingati nama orang dengan cara yang mudah? Jom selongkar!

Sumber gambar : https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi8eGz2ZpnLCn9qL7JpnxrbtTIiYYmT_MAvj-tUr20RKIKD0UudprkI3ScaBkN6eo4UT_w-YgNcFqFWmeecXhuqVQuVgHQKbq6CWOK29609s9rGhU4tSYvQxxER87lgjZMZS5p_a-RrFaoO/s1600/imgres.jpg

1. Pastikan namanya betul. Pastikan nama yang kita dengar adalah nama dia yang sebenar. Bukan apa, kadang-kadang kan kita tersilap dengar. Selain itu, tanya dia panggilan yang digemarinya. Contohnya, Siti Aminah. Saya panggil awak dengan Siti ataupun Aminah?

2. Ulang namanya. Tanyalah khabar. Siti apa khabar? Ini membantu mengukuhkan lagi namanya dalam ingatan kita.

3. Kaitkan namanya dengan seseorang yang terkenal. Contohnya nama Siti Aminah dekat-dekat dengan nama Siti Nurhaliza.

4. Tanya soalan menggunakan namanya. Sekali lagi, Siti kerja dekat mana? Seronok berkawan dengan Siti.



Sumber gambar : http://images.sodahead.com/polls/003266995/593113512_name_etiquette_xlarge.png

5. Sebutkan namanya dengan kerap. Janganlah pula anda menyebut namanya setipa kali ada bercakap sesuatu. Pasti dia berasa rimas. Cuba sebut selang 5-6 ayat.

6. Sebut namanya apabila tiba masa untuk beredar. Apabila anda nak pulang atau berpisah, sebut namanya sekali lagi. Siti, saya balik dulu ya. Jumpa lagi!

7. Sebutkan namanya kepada seorang kawan. Hari itu, saya ada berborak dengan seorang kawan ni. Namanya Siti Aminah. Dia sangat peramah. Ceritalah serba sedikit tentang kawan anda itu.

Sumber Gambar : http://mixlol.com/wp-content/uploads/2013/11/Nice-to-meet-you-I-already-forgot-your-name.png

7 tip diatas membantu anda mengingati nama orang dengan baik. Cuba aplikasikan jika bertemu orang baru. Saya pasti, kawan baru anda akan berasa senang dengan anda dan anda juga dapat menambah kenalan baru.


Jom amalkan!




Rujukan
Mohd, F. K dan Ashadi, Z. 2004. Cerita-cerita motivasi untuk usahawan. PTS Publications & Distributors Sdn Bhd, Pahang Darul Makmur.





Share this:

JOIN CONVERSATION

    Blogger Comment

0 Komen membina:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen.. (^_^)*