Makanan tambahan dan produk berasaskan herba, adakah ianya bermanfaat?
Salam semua..
Saya bersyukur sangat-sangat kerana dapat mengikuti satu lagi kursus yang memberi pendedahan berkaitan kesihatan. Masih fresh lagi dalam otak saya. Tak sabar rasanya untuk berkongsi ilmu yang bermanfaat ini kepada semua.
Siapa yang tidak mahu diberikan kesihatan yang baik dan hidup dengan gembira tanpa sebarang penyakit. Adakah anda sedar bahawa pengambilan makanan yang tidak seimbang memberi kesan buruk terhadap badan kita?
Paling mudah kita katakan Nutraseutikal ini merupakan makanan yang diperkaya atau diet tambahan untuk memberikan kesihatan atau faedah perubatan.
Sebab terdapat kekurangan yang diperlukan dalam badan menyebabkan kita mengambil makanan tambahan ini.
SUSU & TENUSU
Makanan yang berasaskan susu dan tenusu adalah sangat baik untuk badan kita. Sebagai contoh, Vitagen, Sustagen dan Yakult. Akan tetapi, berhati-hati kerana bakteria baik yang terdapat didalam susu tersebut akan mati jika tidak disimpan didalam suhu yang bersesuaian. Susu mengandungi semua 7 nutrien yang tinggi kecuali serat. Sejak kecil sehinggalah kita tua, kita disarankan minum susu kerana susu mengandungi kalsium yang tinggi. Umur 40-45 tahun merupakan jangka umur yang paling sesuai serapan kalsium ke tulang.
Semakin meningkat umur, semakin kurang tenaga yang diperlukan. Semakin tua, tulang akan semakin rapuh.
Sekarang saya nak tanya korang. Susu manakah yang mengandungi nutrisi yang tinggi?

- Susu pasteur - Susu yang dirawat pada suhu yang tinggi
- Suhu UHT
- Susu tepung
Susu pekat manis berasal daripada minyak sayuran. Ia sebenarnya tidak baik menggantikan susu sebenar. Jika kita minum milo + susu pekat manis, sebenarnya kita hanya dapat nutrien yang ada pada milo sahaja.
BERAS PILIHAN
Makanan yang mempunyai warna semulajadi (Beta karotin / Vitamin A) sebenarnya sangat baik untuk badan kita berbanding pewarna tiruan yang berleluasa di pasaran. Cuba anda teka. Manakah yang lebih baik dari sudut kesihatan, Beras Putih @ Beras Perang? Jawapannya ialah...... Beras Perang sebabnya, mempunyai lebih serat (fiber) dan kurang kalori jika dibandingkan dengan Beras Putih. Bagi yang gemar dan memilih beras putih, boleh tidak salah. Cumanya, jangan terlalu lama mencuci beras putih tersebut kerana seratnya akan hilang sedikit demi sedikit.
Sumber gambar : http://sususejat.com/wp-content/uploads/2013/10/b.jpg |
IKAN BESAR @ IKAN KECIL
Sumber gambar :http://homepage.ntlworld.com/chris.hamer-hodges/images/biggerfish.jpg |
Saya nak korang teka lagi. Mana yang baik untuk dimakan? Ikan besar ke ikan kecil? Cuba jawab.. Kalau korang nak tahu, yang paling baik ialah ikan kecil.. Nak tahu tak sebabnya? Ikan besar biasanya berada didasar lautan. Oleh sebab itu, ikan besar lebih terdedah kepada bahan kimia. Paling bagus, pilihlah ikan yang berada di tengah-tengah lautan seperti ikan Merah. Jangan juga pilih ikan yang berada diatas lautan sebabnya terdedah kepada Redtide.
"Take the smaller and the middle fish"
PEMILIHAN MINYAK MASAK
Seterusnya, minyak. Sebaik-baik minyak ialah minyak yang berasaskan sayuran kerana meningkatkan HDL dan mengurangkan kolestrol. Contoh lain seperti minyak jagung, minyak biji bunga matahari, minyak kacang kecuali minyak kelapa dan santan kelapa kerana mengandungi kolestrol yang tinggi. Elakkan margerin kerana berisiko tinggi untuk mendapat kanser dan masalah hati. Gunakan minyak yang sama 1-2 kali sahaja. Minyak yang kerap digunakan akan menyebabkan kanser (karsinogenik).

CARA MENDAPATKAN NUTRIEN PADA SAYUR
Saya suka sangat makan sayur. Anda bagaimana? Tahu tak, cara penyediaan sayur sangat penting. Untuk mendapatkan nutrien yang ada pada sayur, semasa memasak sayur, periuk atau kuali hendaklah ditutup rapat. Didihkan sayur hanya seketika dan kurangkan air dalam sayur tersebut. Jika air berlebihan, zat sayur akan kurang.
TOMATO
Likopin terdapat pada tomato. Tomato sangat baik dalam mencegah kanser Prostat. Antara berikut, manakah cara penyediaan yang lebih baik untuk dimakan?
TELUR AYAM
TOMATO
Sumber Gambar :http://www.maggi.com.my/Corporate/call/ldImg.aspx?imgtype=imgmaggipdt&imgid=14 |
- Tomato yang dimasak
- Sos tomato
- Tomato mentah
TELUR AYAM
Korang suka kan makan telur? Tapi sebenarnya berapa kerap korang boleh makan telur? Hari-hari? bahaya tu.. Mesti ramai yang tidak tahu, kita disarankan makan telur sekurang-kurangya 3 biji sahaja dalam seminggu. Ye, tahulah. Telur kan sedap, senang untuk dimasak, cepat untuk disediakan, sihat dan paling penting sebab telur murah dan mudah didapati. Tetapi, jika diambil berlebihan tidak baik untuk kesihatan sebab dalam telur terdapat kolestrol yang banyak.
Nasihat saya, jika ianya bagus, jangan ambil berlebihan, jika ianya kurang bagus jangan pula abaikan. Biar sederhana.
"If it is good, do not take too much, If it is no good do not avoid"
VITAMIN
Sumber Gambar : http://www.happyhealthylonglife.com/.a/6a00e54fc8012e8833014e87560163970d-pi |
Anda mengambil vitamin kerana badan anda tidak dapat menghasilkan vitamin tersebut. Akan tetapi, jika diambil dengan jumlah yang banyak akan memudaratkan kesihatan.
Berikut merupakan 4 jenis vitamin yang memberi kesan bahaya terhadap badan jika diambil secara berlebihan.
- Vitamin A
- Vitamin D
- Vitamin E
- Vitamin K
- Vitamin C. Kita cuma disarankan mengambil Vitamin C pada skala 70mg sehari. Jika diambil melebihi 2000mg akan menyebabkan batu karang. Tanggapan anda salah sama sekali jika menganggap Vitamin C dapat mengurangkan kesejukan.
- Yang ada masalah mata, disarankan mengambil Vitamin A. 2 jenis vitamin A iaitu:
- Beta-carotene (Sumber tumbuh-tumbuhan)
- Micro-carotene (Sumber haiwan)
- Vitamin B kompleks terdiri daripada Vitamin B1, B2 dan B6. Vitamin B12 dapat merawat penyakit Anemia.
- Vitamin B meningkatkan selera makan dan menyebabkan kita tidur banyak.
- Kekurangan Vitamin B2 menyebabkan penyakit Dermatitis.
- Vitamin B3 juga terdapat pada beras. Oleh itu, jangan terlalu kerap mencuci beras kerana zat Vitamin B3 akan kurang.
IBU MENGANDUNG
Sumber gambar :http://i.telegraph.co.uk/multimedia/archive/02378/A7GEAW_2378638b.jpg |
PRODUK HERBA
Sumber Gambar : http://antiaginginsights.files.wordpress.com/2013/01/ayurvedic-supplements1.jpg |
Sangatlah penting untuk kita mengetahui bahawa sesetengah herba akan berinteraksi dengan ubat-ubatan jika diambil pada masa yang sama.
Hati-hati jika produk kecantikan atau kesihatan yang mengandungi "fat burner".
Azelaic acid. Ingat nama saintifik ni. Azelaic acid merupakan racun yang terdapat didalam sesetengah produk kosmetik.
Berikut merupakan nama-nama racun yang terdapat dalam sesetengah produk kecantikan dan kesihatan:
- Tadalafil
- Tretinoin
- Avanafil
- Mercury
- Nortadalafil
- Sildenafil
- Dexamethasone
- Sibutramine
Saya sarankan anda agar mengambil langkah berhati-hati dalam memilih, membeli dan menggunakan sesuatu produk. Apatah lagi mengamalkannya. Kita tidak sedar, rupanya produk yang kita gunakan selama ini merupakan punca sebenar kepada penyakit kanser. Kesan sampingan biasanya akan kelihatan selepas digunakan pada jangka waktu yang lama.
PETUA MELEGAKAN BATUK
- Ambil seulas bawang putih (Jangan kupas kulit)
- Salaikan diatas api yang panas.
- Kemudian tumbuk. (Jangan terlalu halus)
- Rendam bawang putih yang telah ditumbuk tadi ke dalam air suam kemudian minum air tersebut. In shaa Allah batuk anda akan sembuh.
FAKTA MENARIK
- Rempah ratus menyimpan seribu satu khasiat.
- Kunyit dan Omega 3 merupakan agen antioksida yang baik pada badan.
- Buah pisang sangat baik untuk mengurangkan tekanan darah.
- Cincau dikatakan agen menyejukan yang baik.
- Serat sangat baik dalam mencegah kanser. Serat akan menyerap cepat karsinogen dan bersama-sama air mengeluarkan karsinogen tersebut keluar dari badan kita. Jadi, karsinogen tidak akan berada lama didalam usus besar kita. Risiko untuk mendapat kanser pun kurang..Contoh serat seperti sayur terung.
- Keburukan makan makanan yang panas dan minum minuman yang sejuk pada satu masa akan melambatkan proses pencernaan.
- Makan buah dahulu kemudian barulah makan makanan yang berat. Buah-buahan bertindak sebagai agen penyerap yang menyerap makanan yang berlebihan dan terus dibuang.
- Iodin lebih banyak terdapat pada garam. Badan kita juga memerlukan iodin. Sepatutnya, garam ditambah pada makanan apabila kita hendak makanan. Bukan semasa memasak kerana akan mematikan zat iodin tersebut. Kekurangan iodin akan menyebabkan lemah pada IQ.
- Zink boleh memulihkan dan melicinkan kulit. Sangat sesuai merawat jerawat dan parut.
- Garisan putih yang biasanya ada pada kuku tandanya anda kekurangan zink.
- Kacang soya, kicap hitam dan tauhu merupakan makanan yang dapat mengurangkan kanser. Akan tetapi, jika dimakan secara berlebihan, kesannya bagi lelaki akan kurangnya sifat kelelakiannya.
- Elakkan makanan yang diproses seperti sosej, nugget dan daging burger. Selain itu, elakkan juga makanan tin.
Ingat! Badan anda, anda yang tentukan samada mahu mengambilnya ataupun tidak.
4 Prinsip nutrien yang baik:
- Sihat (Healthy)
- Seimbang (Balance)
- Pelbagai (Variety)
- Sederhana (Moderation)
- Bagaimanakah saya tahu yang saya sudah mendapat vitamin yang secukupnya?
JAWAPAN : Cara yang terbaik adalah makan makanan yang seimbang. Ada karbohidrat, protein, serat dan sebagainya. Pelbagaikan corak pemakanan. Sebagai contoh, Hari ini makan ikan, esok makan ayam dan lusa makan telur. Jangan makan makanan yang sama untuk jangka masa yang panjang kerana akan memudaratkan kesihatan.
NASIHAT SAYA
Rupanya banyak benda yang perlu kita tahu tentang kesihatan. Tanpa kesihatan, kita tidak dapat melakukan kerja harian dengan sebaiknya. Segala yang saya nyatakan berdasarkan fakta dan saranan doktor dimana kebanyakan dari kita tidak mengetahuinya.
Saya juga ingin menasihati anda semua agar berhati-hati apa yang anda baca dari internet. Ada sesetengah artikel yang tidak benar sama sekali. Rujuk kepada laman web yang bertauliah dan boleh dipercayai.
AWAS! LABEL KEMENTERIAN KESIHATAN PADA PRODUK MAKANAN ATAU KECANTIKAN BUKAN BERMAKSUD BENDA TERSEBUT DIBUKTIKAN BAGUS TETAPI SEBAGAI TANDA BAHAWA HANYA DIBERI KELULUSAN UNTUK DIEDARKAN.
Kesimpulannya, doktor sendiri menyarankan agar tidak perlu mengambil makanan tambahan jika kita sudah mengambil semua nutrien yang diperlukan badan. Berhati-hati memilih sesuatu produk. Akhirnya, selesai tanggungjawab saya untuk menyebarkan ilmu ini kepada semua. Semoga bermanfaat.
Terima kasih.
Rujukan
Dr. Fredie Robinson (Pengarah Pusat Rawatan Warga UMS)
Dr Aza Shirin Mohamad Yusuff (Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan UMS)
AP Dr. David Matanjun (Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan UMS

0 Komen membina:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi komen.. (^_^)*