'Selfie' Wajib, Harus, Makruh atau Haram?
Assalamualaikum Wbt kepada rakan-rakan yang saya muliakan kerana Allah Swt.
Lama benar saya tidak mengemaskini blog ini. Rindu rasanya untuk menulis. Akhirnya dengan izin Allah, saya dapat berkongsi ilmu dengan anda semua. Topik yang akan saya kongsikan ini sangat menarik terutama anak-anak muda masa kini yang ligat tentang selok belok gadget. Almaklumlah.. Zaman IT.. Generasi Y..
Anda nak tahu, perkataan 'Selfie' semakin popular bermula tahun 2013. Orang dek cerita pasal selfie sana sini. Sampaikan Dewan Bahasa dan Pustaka memasukkan perkataan Selfie itu sendiri ke dalam kamus dewan tetapi sebagai bahasa percakapan. Hashtag dan tweet juga tidak ketinggalan. Mesti ada yang baru tahu ni kan.. Nak tahu berita selanjutnya, kawan-kawan bacalah link ini.
Selfie hukum pada asalnya adalah harus. Walaubagaimanapun, selfie akan berubah hukumnya mengikut keadaan. Boleh jadi selfie itu wajib, makruh ataupun haram. Perubahan hukum selfie boleh dibahagikan kepada dua faktor.
- Bergantung kepada niat
- Berdasarkan maruah individu tersebut. Maruah pula terbahagi kepada 3 faktor yakni aurat, gaya dan percampuran.
Sumber : http://shop.spectator.co.uk/ |
Sebelum saya berkongsi dengan lebih lanjut, izinkan saya memberikan makna NIAT. Niat adalah gerakan hati ataupun lintasan hati. Kata yang lebih mudah untuk kita fahami ialah rasa keinginan kita ataupun rasa yang memotivasikan kita.
Berikut adalah proses niat yang digariskan dalam kitab Riyadhus Shalihin:
Sumber : Gambarfoto.com |
- Berniat adakah selfie yang kita lakukan itu satu ibadah? Ibadah disini merujuk kepada penyerahan diri, tunduk, patuh dan taat kepada Allah yang Maha Esa. Sebagai contoh, kita berselfie dengan ahli keluarga ketika Hari Raya. Kemudian kita kongsikan gambar selfie tersebut kepada ahli keluarga kita yang berada di kejauhan. Selfienya adalah satu ibadah kerana menghubungkan sillaturrahim sesama insan.
- Adakah selfie yang kita lakukan itu diterima Allah SWT atau tidak? Adakah sekadar menunjuk-nunjuk dan riak dalam hati? Ingat kawan-kawan, tanya diri dahulu sebelum kita berselfie. Bayangkan bila kita berada dipadang Mahsyar. Adakah gambar selfie tersebut membantu kita atau memberikan kita syafaat untuk masuk Syurga Allah? Wallahu a'alam.
- Mematuhi perintah Allah SWT. Sebaiknya, gambar yang kita kongsikan itu mematuhi perintah Allah SWT. Lawan perasaan bangga diri kerana itu sifat syaitan dan iblis laknatullah.
Seterusnya, bila bercakap mengenai niat, banyak sebenarnya halangan untuk mendapatkan niat yang betul-betul diterima Allah SWT. Ada 4 penyakit niat. Sama-sama kita lihat.
- Riak. Riak ini ciri-ciri yang boleh memanggil kepada syirik. Dalam erti kata lain sifat suka menunjuk-nunjuk.
- Syirik. Apabila kita melintaskan dalam niat kita bahawa apa yang kita lakukan itu lebih baik daripada para Anbiya ataupun para ulama, kita sudahpun masuk dalam kategori syirik kecil. Walaupun kecil dan tersembunyi (Syirik Khafi), tetapi boleh membawa kepada syirik besar.
- Maksiat. Ini sudah terang lagi bersuluh. Jika selfie yang dibuat dalam keadaan maksiat, selfie itu jatuh kepada hukumnya Haram.
- Nifak/ Munafik. Maksudnya, Di depan lain, dibelakang lain. Ini juga tidak boleh dilakukan. Sebagai contoh, dalam selfie tu, nampak baik dan bersopan santun, tetapi pada hakikatnya dunia sebenar saling bermusuhan, bergaduh sesama sendiri. Mohon kita dijauhkan.
Muslimin dan muslimat yang saya kasihi kerana Allah SWT. selesai sudah kita membicarakan tentang niat. Kita beralih pula perkongsian kita dengan Maruah. Yang dimaksudkan dengan Maruah ialah menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka diistilahkan sebagai harga diri, nama baik ataupun kehormatan diri. Apakah kaitan amalan selfie ini dengan maruah kita?
- Aurat - Dalam berselfie, kita sebagai muslimin dan muslimat mestilah menjaga aurat dan batas-batas yang telah dituntut oleh syara'.
- Gaya - Berselfie itu boleh tapi dengan gaya yang sopan, tidak membangkitkan ransangan orang yang melihatnya, tidak memancing perhatian dan tidak menurut gaya orang-orang yang fasik yakni keluar dari garis panduan Islam.
- Percampuran/pergaulan. Perlu ada batasan dalam pergaulan dan percampuran diantara lelaki dan wanita dalam berselfie.
Oleh yang demikian, sudah terjawab persoalan kita dimana selfie itu bergantung kepada niat dan maruah diri kita sendiri. Salam sebarkan ilmu kepada semua dan berharap perkongsian ini menjadi panduan dalam kehidupan seharian. INGAT! Tanya diri baru selfie.
Rujukan : Cinta Ilmu bersama Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki.
0 Komen membina:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi komen.. (^_^)*