C.I.N.T.A pada siapa?
Assalamualaikum wbt.
Salam Jumaat yang penuh barakah, Jumaat yang penuh dengan keberkatan. Semoga kita termasuk golongan orang-orang yang mendapat keredhaan Allah Swt Maha Pencipta sekalian alam. Perkongsian kali ini amat memberi kesan dalam kehidupan seharian kita. Topik yang sangat disukai oleh golongan muda. Betul tidak? C.I.N.T.A. 5 huruf 1 perkataan yang memberi kesan dan mengikat hati kita. Topik ini tiada penghujungnya. Dipendekkan cerita, topik cinta ini topik evegreen sampai bila-bila.
Sumber :Hasnulahmad.com |
Muslimin dan muslimat yang saya kasihi kerana Allah Swt,
Semua orang nak rasa dicintai dan menyintai. Bila perasaan fitrah ini ada, semuanya indah belaka. Kopi yang pahit rasa manis. Akan tetapi, tidak semua Cinta pada yang 1. Cinta pada penciptanya yakni Allah Swt. Bila ada Allah dalam hidup, kita tidak akan lemah dengan perkara-perkara kecil. Kita memiliki jiwa yang besar. Jiwa besar, masalah kecil tidak memberi kesan. Lain pula mereka yang memiliki jiwa yang kecil. Masalah yang sama tetapi sangat terkesan. Maksudnya di sini, memiliki jiwa besar sebab adanya matlamat yang jelas dan tahu tujuan hidup. Tidak bersandarkan kepada manusia. Manusia akan mati, manakala bersandarkan Allah, Allah sentiasa ada untuk hambanya yang beriman.
Saya pasti kita semua pernah melalui saat-saat sukar dalam hidup. Sebagai contoh, orang mengaibkan kita. Kita merasa sedih, down.. Tapi, jika ada Allah, kita yakin bahawa Allah tahu hati kita. In shaa Allah semua masalah itu tidak memberi kesan terhadap kita.
Allahurobbi. Peringatan untuk diri ini, jika kita hanya ingat pada Allah 5 kali sehari tetapi 1000 ingat pada manusia setiap detik. Apakah pengisian kita selama bercinta? Allah melarang kita melakukan zina, apatah lagi ke jalan menuju zina. Nauzubillah minzalik.
- Jaga pandangan. (Jangan pandang lama-lama)
- Jaga perkataan. (Jangan berbincang perkara-perkara lucah)
- Jaga fitnah komunikasi (Bincang bila perlu dan berfaedah saja)
- Jaga jarak. (Tidak payah duduk dekat-dekat)
- Jaga selamat. (Jangan sampai berkhalwat)
Kata Imam Hassan Al-Bana, bercinta secara halal itu halal. Bercinta secara haram itu haram dan bercinta secara syubhah itu syubhah. Syubhah maksudnya tidak jelas. Mahukah kita bercinta secara ragu-ragu?
Kata Ibnu Qayyim, CINTA ada 3 jenis.
- Cinta agung (Cinta pada Allah)
- Cinta pertengahan (Cinta kerana Allah)
- Cinta hina (Cinta bersama Allah)
INGAT! Jangan sampai kita meletakkan cinta kita kepada manusia nombor 1 dalam hidup selain Allah.
Kesimpulannya di sini, Allah adalah segala-galanya. Yakinlah dengan Allah. Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. Kepada mereka yang berjinak-jinak mahu bercinta, tentukan dahulu apakah matlamat cinta itu. Mereka yang sedang dilamun cinta, pastikan turuti 5 tip yang saya kongsikan di atas sebentar tadi, In shaa Allah semuanya akan selamat dan berakhir dengan redha Allah. Yang berkahwin pula, suami memainkan peranan dalam memimpin ahli keluarganya ke dalam syurga yang kekal abadi.
Saya akhiri dengan surah Al-Asr. Semoga beroleh manfaat dari perkongsian ini. Assalamualaikum.
Rujukan : Novel & Drama Aku ada Wali, Nurkilan Ustazah Fatimah Syarha
0 Komen membina:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi komen.. (^_^)*