Menu Sihat Ramadhan
Assalamualaikum Wbt,
Sahabat yang saya kasihi kerana Allah swt,
Apa khabar kalian? Semoga sihat dan berbahagia disamping keluarga tersayang. Bertemu kita sekali lagi dan pada kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang menu sihat yang boleh kita amalkan pada bulan ramadhan. Kita nak menyambut ramadhan kenalah ada persiapan secukupnya dari segi fizikal dan mental. Perkongsian ini saya dapat setelah mengikuti Bengkel Penghayatan Ramadhan. Slot Menu Sihat Ramadhan disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Sharifudin Md. Shaarani, Dekan Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan UMS.
Sejarah tentang pentingnya makanan sebenarnya sudah lama diceritakan sejak zaman nabi Adam a.s dan Hawa lagi ketika berada didalam syurga. Saya pasti semua sudah mengetahui kisah tersebut dimana Allah swt melarang Adam dan Hawa memakan buah Khuldi. Selain itu, didalam al-quran sendiri banyak menyebutkan makanan-makanan yang terdapat didalam syurga.
Nabi SAW pernah ditanya apakah itu kauthar? Baginda menjawab." Kauthar adalah sungai kurniaan Allah didalam syurga. Airnya lebih putih daripada susu, lebih manis daripada madu. Di situ juga ada burung yang lehernya seperti leher kambing. Umar r.a berkata, "Ini benar-benar nikmat!. Baginda bersabda lagi, " Memakannya lebih nikmat dan lebih lazat dari kambing biasa". -HR Tarmizi-
Sahabat yang dikasihi kerana Allah,
Di syurga, terdapat 4 jenis sungai yang mengalir airnya iaitu:
- Susu
- Madu
- Arak
- Air yang tawar
Sebenarnya, diet rasulullah ketika berpuasa senang sahaja iaitu air, buah-buahan dan tamar. Nabi Muhammad SAW bersabda "rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tiada makanan.."
Rasulullah juga pernah bersabda mengenai hal ini ,sabdanya:" Beri makan buah tamar kepada isteri-isteri kamu yang hamil dan barang siapa yang memakan buah tamar tersebut semasa hamilnya, maka anak yang akan lahir itu akan menjadi seorang anak yang penyabar dan bersopan- santun, kerana makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa AS adalah buah tamar.
Rasulullah juga pernah bersabda mengenai hal ini ,sabdanya:" Beri makan buah tamar kepada isteri-isteri kamu yang hamil dan barang siapa yang memakan buah tamar tersebut semasa hamilnya, maka anak yang akan lahir itu akan menjadi seorang anak yang penyabar dan bersopan- santun, kerana makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa AS adalah buah tamar.
Abu Abdillah a.s. bersabda: “Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir”.
Abu Abdillah a.s. bersabda: “Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan”.
Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati”.
Saya nak kongsi sedikit berkenaan fisiologi tubuh badan manusia ketika berpuasa. Bolehkan? Jadi kita boleh mengetahui kenapa sesetengah orang walaupun berpuasa sebulan, tapi berat badan makin bertambah.
- Dalam badan kita ada glukosa. Bagi keadaaan normal, glukosa berperanan sebagai memberi tenaga kepada tubuh badan kita. Akan tetapi, ketika berpuasa, apabila glukosa sudah habis digunakan, lemak akan mengambil peranan seterusnya. Lemaklah yang diekstrak pada ketika berpuasa untuk melakukan kegiatan fizikal.
- Gula pada asalnya halal. Akan tetapi, proses membuat gula tersebut yang akan menentukan samada gula tersebut halal atau haram dimakan. Nak tahu tak proses membuat gula? Biasanya, gula akan ditapis didalam corong-corong yang bertulang. Tulang yang digunakan biasanya daripada tulang haiwan samada tulang lembu atau tulang babi. Jadi, hati-hati ya sahabat.
- Ketika berpuasa, sebenarnya kita kekurangan air. Kesannya akan menyebabkan penyakit seperti sembelit, kembung perut dan sebagainya. Minggu pertama kita tidak akan rasa apa-apa. Akan tetapi, minggu kedua, badan kita akan kecut sedikit. Jangan salah faham ya. Itu sebenarnya adalah disebabkan kekurangan air.
TIP
Bagi mereka yang ada anak yang aktif, jangan beri makan anak glukosa.Ini kerana, anak itu akan menjadi lebih hiperaktif. Glukosa merangsang otak manusia. Selain itu, anak-anak yang nak menghadapi peperiksaan, disarankan makan gula batu. Letak dekat bawah lidah. Makanan otak adalah glukosa. Bila manusia berfikir, otak akan bekerja dan glukosa akan memainkan peranan disitu.
Apa yang perlu dimakan ketika berbuka puasa?
Hadis sahih mengatakan, "antara kegembiraan umat Islam adalah ketika berbuka puasa.."
Cadangan hidangan ketika berbuka puasa seperti berikut:
- Air putih
- Buah-buahan atau kurma
- Sup (Tidak kira sup ayam, sup sayur yang penting sup)
Adab ketika berbuka pula bagaimana?
- Segerakan berbuka puasa.
- Membaca niat berbuka puasa.
- Membaca doa makan.
- Makan bersama-sama ahli keluarga.
- Sunnah rasulullah ketika berbuka. Baginda minum air putih dan makan buah kurma.
- Satu perkara yang kita selalu lupa. Doakan orang yang menjemput kita berbuka bersamanya. Kerana, doa orang yang berpuasa akan dimakbulkan. Jangan kedekut untuk berdoa.
Kemudian, barulah anda meneruskan solat maghrib. Selesai solat maghrib, barulah makan nasi dan lauk-pauk dalam kuantiti yang sedikit. Apabila kita makan terlalu banyak, takut kita tidak dapat melaksanakan solat Isya seterusnya solat sunat Terawih.
Cadangan hidangan ketika bersahur seperti berikut:
Cadangan hidangan ketika bersahur seperti berikut:
- Air putih
- Makanan berkarbohidrat tinggi seperti beras basmati,oat dan bijirin.
- Macaroni
- Spageti
- Roti bersalut telur
- Bubur nasi
- Buah-buahan
- Sup-sup
Info kesihatan
Secara puratanya, pengambilan kalori mengikut jantina adalah seperti berikut:
Secara puratanya, pengambilan kalori mengikut jantina adalah seperti berikut:
- Lelaki : 2000-2500 kalori
- Wanita : 1600-2000 kalori
Konsepnya disini, pengambilan makanan ketika bukan puasa seharusnya tidak ada beza berbanding bulan-bulan sebelum ini. Walaupun berpuasa, kita tetap perlu mengamalkan makanan yang sihat.
TIP BULAN PUASA
- Kurangkan makanan yang berminyak.
- Makan banyak buah-buahan kerana mengandungi fiber yang tinggi seperti pegaga.
- Elakkan makanan ala buffet
- Disarankan mengambil makanan yang mempunyai karbohidrat yang tinggi seperti beras basmati, oat dan bijirin ketika bersahur.
- Elakkan memakan makanan yang menggunakan pewarna tinggi dan perisa tiruan kerana kedua-duanya menggunakan estetik.
- Kurangkan minum kopi kerana kesan pengambilan kopi, akan menyerap air didalam badan dan menyebabkan badan kita kekurangan air. Asyik-asyik nak ke tandas.
- Kurangkan makanan yang diproses kerana kandungan nutriennya sudah banyak yang hilang. Dicadangkan makan makanan yang asli dan semula jadi.
- Elakkan minum jus yang terdapat dipasaran yang sudah diproses. Ini kerana, jus dipasaran tersebut, ada yang menggunakan agen penjernihan seperti gelatin haiwan atau tumbuh-tumbuhan.
- Elakkan minum minuman yang diperbuat daripada kordial.
- Jangan makan berlebihan.
Kesimpulannya, ramadhan al-Mubarak bakal tiba. Makanlah makanan yang seimbang dan sederhana. Ramadhan kali ini Allah uji kita kerana salah satunya kita berpuasa disaat musim kemarau. Semoga ramadhan anda semua diisi dengan aktiviti yang mendekatkan diri dengan Allah swt. Tanya hati, mungkinkah ramadhan kali ini adalah yang terakhir buat kita??
Sekian, terima kasih.
0 Komen membina:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi komen.. (^_^)*