Kisah Buah Limau

Sumber :https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjYOqXuzTFgi1_GGYrlcoJptFULKbzvXXDPk817xqvNh98zlNs2L7clP0vuXf3o0-9fpnFT1xSqmm74gC9q-ka-AJ_flO4UVhN_BOGmy6qR_We2uZK7-1shgWd_9W-7MEnKmzbZMzBHpZXz/s1600/vitamin+c+shaklee.jpg
Salam Jumaat yang penuh barakah kepada muslimin dan muslimat yang saya kasihi kerana Allah SWT.

Saya nak berkongsi suatu kisah pada zaman rasulullah iaitu kisah buah limau. Nak tahu kisahnya? Jom! Pada suatu hari, sedang rasulullah bersama para sahabat, didatangi oleh seorang wanita yahudi. Wanita itu membawa sebiji limau untuk diberikan kepada rasulullah. 

Rasulullah pun makan buah limau tersebut seulas demi seulas sehingga habis.  Sahabat pun berkata, "Bagilah sedikit..".. Tapi nabi tidak bagi. Akhirnya, selepas wanita yahudi itu balik, nabi berkata kepada sahabatnya, "Sebenarnya, bukan saya tidak mahu bagi atau tidak mahu kongsi. Itu bukan sifat saya. Buah limau ini terlalu masam, tidak berapa elok. Saya takut kamu akan kutuk wanita yahudi tersebut. Nanti terguris hatinya."

Demikianlah muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah SWT,

Inilah akhlak nabi Muhammad SAW. Nabi menjaga hati orang yahudi. Malang sekali di Syria, di Mesir, di Iraq, di Palestin.. orang yahudi tidak menjaga hati orang Islam. Kita nak jadi orang yang bahagia dunia dan akhirat, ikutlah sunnah rasulullah.. Ingat rasulullah, hati kita pasti akan tenang dan penuh dengan kasih sayang. Jaga perasaan orang disekeliling kita. Tegur dengan cara yang baik. 

Jika seseorang itu buat salah terhadap diri kita, 99% anggaplah dia tidak sengaja lakukannya. Indahnya Islam. Masya Allah! Subhanallah! Salah satu sebab solat kita tidak diterima Allah sebab kita suka berburuk sangka dengan orang lain. Tolonglah wahai muslimin dan muslimat yang saya kasihi kerana Allah SWT, jangan cepat buruk sangka dengan orang.

Kesimpulannya, kita panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT dengan limpah kurnianya, kita terpilih menjadi umat rasullullah. Saling bersangka baiklah sesama kita. Bantu membantulah.. Tidak mustahil, orang yang kita benci itu, akhirnya dialah yang banyak mendoakan kita, dialah yang akan membantu kita ketika berada dalam kesusahan. Wallahu'alam bissawab..

Assalamualaikum.


Share this:

JOIN CONVERSATION

2 Komen membina:

Terima kasih kerana sudi komen.. (^_^)*