Hikmah Disebalik Cabaran dan Dugaan Hidup
Sumber :http://cdn02.matabulat.my/wp-content/uploads/2014/04/musibah3.png |
Baru-baru ini, saya berkesempatan mendengar ceramah perdana yang disampaikan oleh Ustaz Kazim Eliaz Al-Hafiz bertempat di Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah. Yang pasti, ada yang tidak berkesempatan untuk mendengar ceramah beliau. Tidak mengapa. Saya sempat menyalin beberapa isi penting sepanjang ceramah tersebut berlangsung.
Muslimin dan muslimat yang dikasihi kerana Allah,
Cabaran hidup adalah sebenarnya asam garam dalam kehidupan kita sebagai manusia. Semua orang ada masalah. Bila kita ada masalah, pandang dari sudut yang positif. Dengan masalah, kita akan menjadi semakin matang, semakin kuat dan semakin bijak. Perkara yang paling penting dalam menghadapi masalah, kita mestilah ada ILMU.
Persepsi masyarakat sekarang, musibah itu adalah sakit, rumah terbakar, kematian, kecurian, gagal dama peperiksaan, cacat anggota badan, kemalangan dan sebagainya. Mohon tukar persepsi anda sekalian. Musibah itu sangat luas. Ujian Allah itu dalam pelbagai bentuk. Orang yang sihat, dan kaya pun diuji oleh Allah SWT tetapi dalam bentuk masing-masing. Sesungguhnya, setelah kesulitan ada kemudahan
Satu analogi yang diceritakan oleh Ustaz Kazim. Ada seorang janda yang mempunyai 3 orang anak tinggal sehelai sepinggang. Suaminya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Pada suatu hari, janda beranak tiga tersebut pergi ke sebuah restoran. Pada ketika itu, imam, bilal dan ustaz duduk di satu meja dan mereka melihat anak beranak tersebut meminta-minta makanan. Ustaz berkata, ''Itukan bedah dan anaknya yang baru kematian suami?" Bilal itu pun menjawab, "Ya. Kesian mereka.." Imam juga mengatakan yang sama. "Kesian keluarga itu. Jemput makan. Kita dah nak bertolak ni.."
Lihat muslimin dan muslimat sekalian. Apa pengajaran yang kita boleh dapat dari cerita tersebut? Sebenarnya, Allah SWT menurunkan ujian kepada seseorang kerana nak melihat apa yang masyarakat buat untuk mereka yang ditimpa musibah itu.
Allah SWT bersabda "Kamu mahu tahu tak siapa yang dianggap sebagai pembohong agama? Mereka ialah orang yang tidak menolong anak yatim piatu dan fakir miskin". Ini sudah jelas bahawasanya bila datang musibah untuk seseorang, bukan ujian untuk dia, tetapi untuk kita juga. Apa yang kita buat bila mereka sedang dalam kesusahan? Adakah kita membiarkan sahaja? Seperti melepaskan batuk di tangga? ataupun cakap tidak serupa bikin? Masya Allah!
Kita adalah bersaudara wahai muslimin dan muslimat sekalian. Bila orang ditimpa musibah, cepat-cepatlah kita tolong. Jangan biarkan mereka! Walaupun pertolongan kita itu kecil dan sedikit, tapi percayalah. Mereka menerima dengan sangat terbuka dan syukur kepada Allah. Berikut adalah beberapa tips yang dikongsikan oleh Uztaz Kazim.
TIP BILA DITIMPA MUSIBAH,
- Menjadi pendengar yang setia. Sebenarnya, orang yang ditimpa musibah mahu luahan mereka didengari. Walaupun tidak dapat diselesaikan, cukup luahan sebagai melepaskan kekusutan di hati. Hati mereka akan lapang.
- Menjadi orang yang boleh dipercayai. Sekarang ini susah orang nak mencari dimana tempat mengadu. Mereka nak orang yang faham akan masalah mereka. Jika datang seseorang mengadu dengan kita, kita seharusnya bersyukur kerana orang tersebut percaya akan diri kita. Tidak membongkar rahsia mereka. Kita adalah orang yang dipercayai. Selain itu, carilah orang yang dapat menyelesaikan masalah kita. Nak selesaikan masalah jangan gopoh.
- Menangislah. Bila ada masalah, menangislah. Menangis tidak salah kerana Rasulullah sendiri menangis. Menangis itu fitrah dan naluri manusia. Menangis menenangkan hati kita.
- Pandang dari sudut positif. Musibah yang datang itu sebenarnya ada hikmah. Kita mestilah pandang baik setiap ujian yang datang kepada kita.Nasihat pada diri sendiri dahulu. Kadang-kadang, musibah itu kita yang undang. Kita tidak boleh salahkan orang lain 100%. Muhasabah diri.
Berapa orang yang fikir baru buat sesuatu? Ingat adk-adik, kakak-kakak... Sebelum kita nak buat sesuatu, fikir dalam-dalam. Fikir akan akibat dan kesannya kepada diri kita kelak. Keputusan kita hari ini adalah siapa kita pada masa akan datang.
Kesimpulannya disini, musibah itu adalah pengajaran. Jangan sangka hanya orang lain saja yang ditimpa musibah. Selagi kita hidup, Allah SWT sentiasa akan menguji hamba-hambanya. .Itulah diciptakan syurga dan neraka. Nak masuk syurga, banyakkan amal. Nak masuk neraka, langgar perintah Allah.
Sekian, salam sebarkan ilmu.
0 Komen membina:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi komen.. (^_^)*