Developing a Business Plan
Hai semua!
Bertemu kita sekali lagi di dalam blog saya yang tidak seberapa ini. Hari ini, saya ingin berkongsi ilmu yang saya dapat selepas menghadiri satu kursus yang bertajuk 'Developing a Business Plan' yang disampaikan oleh Dr. Ramraini Ali dari Sekolah Pengajian Ekonomi, Universiti Malaysia Sabah. Saya memuji beliau kerana sangat bersahaja dalam menyampaikan ceramah. Baiklah, kita teruskan sahaja kepada pengisian kursus tersebut.
Untuk memulakan sesuatu perniagaan, kita mestilah mempunyai perancangan dan hala tuju yang jelas. Perniagaan boleh dijalankan dalam dua keadaan samada menjual produk, menawarkan perkhidmatan ataupun kedua-duanya sekali. Selepas mengenal pasti jenis perniagaan yang ingin dijalankan, langkah pertama, kita hendaklah menyediakan satu dokumen yang dinamakan 'Company Business Plan'.
Kegunaan Company Business Plan :
Kegunaan Company Business Plan :
- Mendapatkan pinjaman atau dana dari pihak tertentu.
- Mendapakan kontrak/tender.
- Mempromosikan syarikat.
- Merupakan maklumat lengkap syarikat.
Format Company Business Plan :
- Muka hadapan (Cover page)
- Kandungan (Table of Content)
- Ringkasan (Executive summary)
- Isi (Main body)
- Lampiran(Appendices)
1. Muka Hadapan
- Ringkas dan bermaklumat
- Menarik perhatian
- Nama syarikat
- Mempunyai perkataan 'Business Plan'
Sumber : http://alma.alberta.ca/News/ |
2. Nama syarikat
- Nama yang boleh menarik perhatian pembaca.
- Gabungan yang berkaitan dengan perniagaan. Contoh: Home Decore Sdn bhd.
- Gabungan huruf pemilik syarikat. Contoh : Abu dan Ali digabungkan menjadi Buli Sdn Bhd. (Contoh je..)
- Nama yang singkat. Contoh : Apple
- Lihat melalui yellow pages, majalah ataupun internet.
- Jadikan nama tersebut berbunyi yang agak besar. Contoh : Plaza Juta
- Nama yang mudah diingati. Contoh: IKEA
- Nama yang menyatakan tempat perniagaan. Contoh : Gaya Centre.
- Nama yang 'catchy'. Contoh: KFC
3. Logo syarikat
- Merupakan salah satu tujuan promosi
- Identiti syarikat/perniagaan
- Aset sesebuah syarikat (Intelectual property)
- Melambangkan syarikat mempunyai imej yang kuat (Strong self image)
- Boleh digunakan dalam membuat iklan, letterhead, muka sampul surat.
4. Mereka logo syarikat
Sumber : http://pengucapanawam.com.my/images/clients.jpg |
- Bagi yang mahir mereka atau mencipta logo, baik buat sendiri kerana menjimatkan kos. Akan tetapi, bagi yang tidak berapa mahir, cuba dapatkan khidmat dari orang yang pakar.
- Dalam proses mereka logo syarikat, perkara pertama yang perlu dikenalpasti ialah mengetahui apa sebenarnya yang ingin kita tonjolkan dalam logo tersebut.
- Logo juga hendaklah disertai dengan misi, pelan pemasaran, matlamat syarikat dan falsafah.
- Menentukan cara bagaimana logo tersebut akan digunakan.
- Hendaklah versatile.
- Sekurang-kurangnya 3 warna tapi sebaiknya 1 warna sahaja.
- Selepas terhasilnya logo tersebut, cuba dapatkan pandangan orang ramai.
TIP: Kalau nak tahu jawapan yang benar-benar ikhlas, jumpa orang yang kita tidak kenal dan tanya. Beritahu mereka, logo tu sebenarnya kawan yang cipta dan bukannya anda. Sekiranya anda mengaku, mungkin mereka akan ambil hati anda. Jadi tak dapatlah jawapan yang kita nakkan. Dan juga teman rapat, kita tidak akan dapat jawapan yang sebenar-benar jujur.
5. Isi Kandungan
- Hendaklah dihadkan kepada sehelai muka surat sahaja.
- Isi kandungan ini antara lain adalah supaya memudahkan kita mencari maklumat yang kita inginkan. Sebagai contoh, setiap kali kita nak baca sesebuah buku, mesti kita tengok pada isi kandungan dan sinopsis kan..
- Sekurang-kurangnya 1-2 muka surat sahaja.
- Seperti menulis sinopsis sesebuah buku, ringkas dan padat.
- Menceritakan segala kebaikan yang ada berkenaan perniagaan kita.
- Merupakan pendahuluan kecil.(Mini introduction)
- Ceritakan sedikit latar belakang perniagaan menggunakan narrative writing technique.
- Stick to the fact.
- Natural business.
- Menggunakan bahasa yang mudah difahami.
- Mengaplikasikan 5W 1H (What, why, who, where, when, how)
- Menyatakan juga pencapaian perniagaan.
8. Visi syarikat
- Untuk jangka panjang.
- Mengaplikasikan 5W 1H (What, why, who, where, when, how)
- Untuk jangka masa pendek. Contohnya: 5 tahun.
- Apakah perkara yang ingin dicapai dalam tempoh tersebut.
11. Peraturan dan akta berkaitan perniagaan yang boleh dirujuk:
- Business Registration Act 1956 (amendment 1978).
- Procedure of Business Registration 1957.
- Company Act 1965.
- Mengenalpasti lokasi yang sesuai untuk perniagaan kita.
- Pilih tempat yang menjadi tumpuan orang dan sebaiknya dikawasan bandar.
- Dekat dengan pembekal dan barang keperluan.
- Tentukan orang yang akan menjalankan perniagaan anda. Siapakah yang akan mengawal operasi seharian. Nyatakan lebih terperinci. Contoh : Encik Ali, tukang masak - Memasak menu yang telah ditetapkan. Masukkan resume pekerja anda dibahagian lampiran. Ini menambahkan lagi sokongan anda kerana anda mempunyai pekerja yang pakar dalam bidang masing-masing.
14. Perancangan kewangan
- Apabila hendak mendapatkan pinjaman dari pihak bank, perkara pertama yang dilihat adalah berapa nilai wang keluar masuk setiap hari (Cash flow) atau lebih ringkasnya perbelanjaan seharian. Jika tidak lebih dari nilai modal, perkara tersebut akan dipertimbangkan. Pihak bank sebenarnya ingin melihat samada perniagaan yang dijalankan boleh bertahan (survive) dalam jangka masa yang panjang ataupun tidak.
Senarai yang saya nyatakan di atas adalah sebenarnya bagi mereka yang ingin menubuhkan syarikat sendiri ataupun yang sudah bertapak dalam perniagaan diceburi dalam jangka masa yang lama.
Salah satu cara mengenalpasti adalah dengan menggunakan analisis SWOT (Strenghness, Weaknesses, Opportunity, Threats)
TIP: Nasihat saya, jangan mulakan perniagaan dengan premis/kedai kerana itu adalah fixed cost. Sebagai contoh, sekiranya jualan kita merosot pada bulan tersebut, kita tetap terpaksa membayar sewa premis/kedai, elektrik dan air.
Oleh sebab itu, mulakan dengan apa yang kita mampu. Sesuatu yang tidak mengeluarkan modal yang besar. Gunakan kekuatan yang ada pada diri anda. Lebih mudah lagi, gunakan sumber sendiri. Elakkan berhutang! Fikir bahawa hanya anda sahaja yang menawarkan produk/perkhidmatan di kawasan tersebut.
Saya bagi contoh perniagaan yang tidak memerlukan modal tapi boleh dapat keuntungan yang lumayan. Seperti:
Kemudian, bina dan kumpulkan pelanggan kita. Cara agar lebih ramai pelangggan menggunakan produk/perkhidmatan kita adalah dengan menawarkan percubaan (trial) dahulu. Apabila pelanggan sudah suka dengan apa yang kita berikan, kita sudah boleh tetapkan harga (fixed price). Perniagaan kita akan berjaya sekiranya kita fokus dengan matlamat dan yang lebih utama lagi ialah lakukan secara step by step.
Cuba buat penilaian sebenar (reality check). Bertanyakan terus kepada pelanggan. Dapatkan pendapat mereka tentang produk/perkhidmatan yang anda berikan. Dari situ, kita akan tahu apa sebenarnya yang pelanggan inginkan serta cuba bayangkan kita berada ditempat mereka. Oleh itu, kita akan tahu kehendak mereka.
Selain itu, manfaat yang pelanggan akan dapat dari produk/perkidmatan kita adalah kerana ianya unik, berpatutan dan tidak terdapat di tempat lain.
TIP : Belajar sebanyak mungkin tentang target market anda. Ilmu dalam bidang perniagaan sangat penting supaya anda boleh pergi lebih jauh dan lama dalam bidang tersebut.
Terdapat 4 fasa dalam perniagaan:
Setakat ini sahaja yang dapat saya kongsikan dengan anda semua. Sekiranya terdapat kekurangan, mohon tambahkan. Jika salah, mohon perbetulkan. Apa yang saya kongsikan ini hanyalah sedikit berbanding anda yang sudah banyak ilmu berbanding saya. Saya juga telah berusaha menyampaikan ayat yang ringkas dan mudah agar lebih difahami oleh semua. Semoga kita mendapatkan manfaat dari perkongsian ini. Pesanan dari saya, banyakkan membaca buku berkaitan perniagaan sekiranya anda minat dalam menceburi bidang ini. Ingat pesan Rasulullah, 9/10 kejayaan adalah datangnya dari perniagaan.
TIP: Nasihat saya, jangan mulakan perniagaan dengan premis/kedai kerana itu adalah fixed cost. Sebagai contoh, sekiranya jualan kita merosot pada bulan tersebut, kita tetap terpaksa membayar sewa premis/kedai, elektrik dan air.
Oleh sebab itu, mulakan dengan apa yang kita mampu. Sesuatu yang tidak mengeluarkan modal yang besar. Gunakan kekuatan yang ada pada diri anda. Lebih mudah lagi, gunakan sumber sendiri. Elakkan berhutang! Fikir bahawa hanya anda sahaja yang menawarkan produk/perkhidmatan di kawasan tersebut.
Saya bagi contoh perniagaan yang tidak memerlukan modal tapi boleh dapat keuntungan yang lumayan. Seperti:
- Mencipa E-Book - Buat e-book anda sendiri kemudian jual dengan orang dengan harga yang berbaloi. Pastikan e-book tersebut menarik.
- Car wash mobile - Anda boleh tawarkan perkhidmatan cuci kereta dari rumah ke rumah ataupun dimana sahaja dengan cara, orang menghubungi anda dan sedia ke tempat mereka.
- Cipta resepi minuman atau makanan yang tidak terdapat dimana-mana. Anda yang cetuskan idea tersebut.
- Menaip - Anda mahir dalam menaip. Apa kata anda ambil upah menaip kertas kerja atau tugasan orang yang tiada masa untuk menaip.
- Blog/ website - Anda ada blog sendiri dan mahir mencipta blog. Apa kata anda mengambil upah dengan kemahiran anda itu.
- Menjahit-Mengambil upah menjahit dari rumah. Tidak perlu kedai.
- Service laptop/komputer - Gunakan kemahiran tersebut dalam menjana pendapatan sampingan.
- Spa - Menawarkan perkhidmatan spa dari rumah ke rumah.
- Tudung - Design tudung anda sendiri dan banyak lagi sebenarnya yang kita tidak terfikir sebenarnya.
Kemudian, bina dan kumpulkan pelanggan kita. Cara agar lebih ramai pelangggan menggunakan produk/perkhidmatan kita adalah dengan menawarkan percubaan (trial) dahulu. Apabila pelanggan sudah suka dengan apa yang kita berikan, kita sudah boleh tetapkan harga (fixed price). Perniagaan kita akan berjaya sekiranya kita fokus dengan matlamat dan yang lebih utama lagi ialah lakukan secara step by step.
Cuba buat penilaian sebenar (reality check). Bertanyakan terus kepada pelanggan. Dapatkan pendapat mereka tentang produk/perkhidmatan yang anda berikan. Dari situ, kita akan tahu apa sebenarnya yang pelanggan inginkan serta cuba bayangkan kita berada ditempat mereka. Oleh itu, kita akan tahu kehendak mereka.
Selain itu, manfaat yang pelanggan akan dapat dari produk/perkidmatan kita adalah kerana ianya unik, berpatutan dan tidak terdapat di tempat lain.
TIP : Belajar sebanyak mungkin tentang target market anda. Ilmu dalam bidang perniagaan sangat penting supaya anda boleh pergi lebih jauh dan lama dalam bidang tersebut.
Terdapat 4 fasa dalam perniagaan:
- Fasa 1 - Fasa pendahuluan (Intro stage)
- Fasa 2 - Fasa pertumbuhan (Growth stage)
- Fasa 3 - Fasa kematangan (Maturity stage)
- Fasa 4 - Fasa penerimaan/penolakan (Declining/refusing stage)
Anda rasa anda berada di fasa yang mana satu? ataupun baru nak jinak-jinak dalam bidang perniagaan? Untuk pengetahuan anda, Fasa pendahuluan sangat penting kerana disitulah kita akan memperkenalkan produk/perkhidmatan kita kepada orang ramai. Kita juga akan dapat menganggarkan penerimaan pasaran. Oleh yang demikian, promosi adalah strategi yang sangat perlu untuk ditekankan. Antara promosi yang kita boleh lakukan ialah :
- Beli 1 percuma 1 (Buy 1 free 1)
- Tempoh percubaan (Trial period)
- Hadiah percuma (Free gift)
- Harga diskaun (Discounted price)
- Naik taraf (Upgrade to free)
Medium promosi yang boleh digunakan :
- Blog
- Website
- Suratkhabar/Majalah
- Risalah
- Kupon
Semua medium promosi yang dinyatakan di atas akan membantu anda sekiranya anda manfaatkan dan gunakan secara konsisten. Lebih-lebih lagi yang menawarkan secara percuma seperti Facebook.
Sekian, terima kasih.
Blogger Comment