Hakikat Kehidupan

Assalamualaikum wbt.


Hari ini saya nak kongsikan dengan korang ilmu yang saya dapat selepas menghadiri majlis ilmu pagi tadi. Tajuknya ialah 'Hakikat Kehidupan'. 

Majlis ilmu ialah sebuah taman yakni taman dari taman-taman syurga. Oleh yang demikian, rajin-rajinkanlah diri korang ke majlis ilmu sebab baaanyak kelebihannya.

Setiap pagi kita sebenarnya membuat benda-benda yang rutin. Apabila disebut sebagai 'rutin', menurut Dewan Bahasa dan Pustaka merujuk kepada apa-apa yg biasa dan selalu dilakukan; cara yg tetap dan biasa untuk melakukan sesuatu. Bila perkara tersebut sudah jadi kebiasaan, bagi kita ianya adalah biasa-biasa sahaja.

Ada pandangan barat mengatakan 'Make your day special everyday'. Bagi Islam pula, awal pagi itu sudah istimewa sebenarnya. Ini kerana, kita bersyukur masih hidup dan kita lahir dalam iman dan Islam. Itulah nikmat yang sebenarnya kita dapat.

Suka saya ungkapkan ayat ini 'Betulkan yang biasa, biasakan yang betul'. Oleh itu, apa sahaja yang kita lakukan, pastikan ada kesungguhan dan usaha. In sha Allah hasilnya adalah luar biasa.

Pada pagi itu, Ustaz menggariskan 5 unsur yang menjana diri kita.

1. Tubuh - Kita mestilah pelihara tubuh kita dengan baik sebab tubuh kita adalah amanah dari Allah SWT.. Dengan tubuh badan yang sihat, kita dapat melakukan ibadah dengan sempurna. Oleh yang demikian, pemakanan kena dijaga kerana kita melambangkan apa yang kita makan. 


2. Roh - Roh adalah urusan Allah. Didalam badan kita ada roh. Roh berkait dengan semangat iaitu jiwa. Umat Islam mestilah berjiwa besar. Zaman moden ini, kekuatan adalah pada ilmu. Oleh yang demikian, selagi hayat dikandung badan, tuntutlah ilmu.



3. Akal - Akal merupakan organ manusia yang sangat unik. Organ inilah yang membezakan manusia dengan malaikat dan binatang. Akal perlu dipelihara dengan perkara yang baik-baik sahaja. Salah satu caranya ialah dengan banyakkan membaca bahan yang berunsurkan ilmiah.

4. Nafsu - Nafsu membawa kita kepada perkara yang enak-enak, yang lazat-lazat yang best-best sahaja. Satu riwayat mengenai nafsu dimana Allah SWT sewaktu menciptakan nafsu, nafsu mengatakan "kamu kamu, aku aku.."  Lantas Allah SWT memasukkan nafsu ke dalam neraka selama 100 tahun. Nafsu masih berdegil. Allah SWT masukkan semula ke dalam neraka selama 100 tahun lagi. Akhirnya nafsu akur kepada penciptanya dan mengatakan ''aku adalah hambamu dan engkau adalah tuhanku."



Terdapat 3 Jenis Nafsu yang perlu kita ketahui ialah:
i-Nafsu yang selalu melakukan perkara yang batil
ii-Nafsu yang melakukan perkara yang baik lebih berbanding perkara jahat. +ve lebih dari -ve
iii-Nafsu yang mempunyai jiwa-jiwa yang tenang. (Percaya dengan rukun Iman ke 6 iaitu beriman dengan Qada' dan Qadar). 

Oleh yang demikian, kita kenalah redha dengan segala ketentuan Allah SWT terhadap diri kita. Kawan kepada nafsu adalah syaitan. Syaitan adalah makhluk Allah SWT yang sangat kreatif. Syaitan akan mencari ruang-ruang yang boleh menarik manusia ke dalam neraka. Oleh sebab itu, dimana kelebihan kita, disitu syaitan akan fokus yakni amalan yang kita lakukan. Semakin kita mendekatkan diri kepada Allah SWT, semakin kuat ujian yang kita terpaksa hadapi.

5. Hati - Ustaz berpesan, jagalah hati. Jangan mengubah sesuatu kejadian dalam diri kita kerana perbuatan tersebut adalah berdosa besar. Terima diri seadanya. Itulah sebaik-baik kejadian Allah ciptakan untuk kita. Cuba tanya diri korang. Bekerja / belajar kerana apa? kerana mendapatkan pujian, bangga diri atau kerana Allah SWT? 
Ingat, apabila kita membuat sesuatu yang baik atau dengan baik sebenarnya kita telah menegakkan syair islam.

Penutup pagi itu disudahi dengan surah A-Asr. Ustaz sekali lagi berpesan, jagalah 5 unsur tersebut, In Shaa Allah hakikat kehidupan kita akan baik.

Sekian, wabillahi taufiq walhidayah.. Assalamualaikum Wbt.. Selamat beramal semua.




Share this:

JOIN CONVERSATION

    Blogger Comment