Perkara-Perkara Yang Seorang Wanita Perlu Ketahui

        Alhamdullilah, hari ini 11 Julai 2013 bersamaan 2 Ramadan 1434H kita meneruskan lagi puasa pada hari kedua. Marilah kita memanjatkan kesyukuran kehadrat ilahi kerana kita masih diberi kesempatan dapat menunaikan puasa pada tahun ini.

           Sempena bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan ini, marilah kita sama-sama mencari keredhaan Allah Sw.t. Salah satu caranya ialah dengan mempersiapkan diri menjadi seorang yang soleh dan solehah. 

       Kebanyakan muslimah tidak sedar atau belum mengetahui hukum-hukum dalam Islam. Kali ini saya akan menjelaskan beberapa perkara yang perlu diketahui oleh setiap wanita. Antaranya:

1. Kewajiban memakai jilbab.
Antara surah-surah yang menyokong perkara tersebut terdapat didalam surah A-Ahzab ayat 59 dan Surah An-nur ayat 31.

2. Mengumpat (Ghibabh).

 Maaf saudari muslimah, ini juga sangat-sangat sering dilakukan tanpa sedar. Begitu saja terjadi dan tidak terasa bahawa itu salah satu dosa.
Hadis Rasulullah:
"Ghibah ialah engkau menceritakan saudaramu tentang sesuatu yang ia benci". Orang yang bertanya kembali kepadanya, " Wahai Rasulullah, bagaimanakah pendapatmu bila apa yang diceritakan itu benar ada padanya?" Rasulullah menjawab, "Kalau memang benar ada padanya, itu ghibah namanya. Jika tidak benar, bererti engkau telah berbuat buhtan (mengada-ada)." (HR. Muslim, Tirmizi, Abu Dawud, dan Ahmad?).

3. Menjaga Suara. 
Rasulullah s.a.w bersabda:
"Wanita itu adalah aurat, apabila ia keluar rumah maka syaitan menghiasnya(membuat indah dalam pandangan lelaki sehingga ia terfitnah.)". Hadith riwayat At Tirmizi, disahihkan dengan syarat muslim oleh As Syeikh Muqbil bin Hadi Al Wadi'i dalam Al-Sahihul Musnad,2/36).

*Juga disokong dalam surah A-Ahzab ayat 32.

4.Mencukur Alis Mata.
Abdullah bin Mas'ud R.a dia berkata :
"Allah s.w.t melaknat wanita yang mencukur alisnya dan wanita yang minta dicukurkan alisnya, wanita yang diregangkan giginya untuk mempercantik diri, yang mereka semua merubah ciptaan Allah."

5. Memakai wangi-wangian :
Dari Abu Musa Al-Asyari bahawasanya ia berkata:
Rasulullah s.a.w bersabda:
"Siapapun wanita yang memakai wangian, lalu ia melewati kaum lelaki agar mereka mendapatkan baunya, maka ia adalah penzina.: (Al-Hakim 11/36 dan disepakati oleh Az-Zahabi).

Dari Zainab At-Taqafiyah bahawasanya Nabi bersabda s.a.w:
"Jika salah seorang diantara kalian (kaum wanita) keluar menuju masjid, maka jangan sekali-kali mendekatinya (memakai) wangian.: (Muslim dan Abu Awanah).

Dari Musa bin Yasar dari Abu Hurairah:
Bahawa seorang wanita melintas dihadapannya dan bau wangian tercium olehnya. Maka Abu Hurairah berkata: Wahai hamba Allah! Apakah kamu hendak ke masjid? ia menjawab : Ya. Abu Hurairah kemudian berkata : Pulanglah saja, lalu mandi! kerana sesungguhnya aku mendengar Rasulullah bersabda : "Jika seorang wanita keluar menuju masjid sedangkan bau wangian menghembus maka Allah tidak menerima solatnya, sehingga ia pulang lagi menuju rumahnya lalu mandi." (Al-Baihaqi 111/133)

6. Memakai pakaian nipis dan membentuk tubuh/ketat
Sebab yang namanya menutup itu tidak akan terwujud kecuali tidak nipis. Jika nipis, maka hanya akan mengundang fitnah (godaan) dan bererti menampakkan perhiasan.
Dalam hal ini Rasulullah telah bersabda :
"Pada akhir umatku nanti akan ada wanita-wanita yang berpakaian namun (hakikatnya) telanjang. Di atas kepala mereka seperti punuk unta. Kutuklah mereka kerana sebenarnya mereka adalah kaum wanita yang terkutuk." (At-Tabrani Al Mujama Al-Saghir :232)

7. Memakai pakaian menyerupai pakaian lelaki.
Dari Abu Hurairah berkata:" Rasulullah melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki." (Al-Hakim IV/19 disepakati oleh Az-Zahabi).

8. Memakai pakaian menyerupai pakaian wanita kafir.
Di sokong dalam Surah Al-Hadid ayat 16, Surah Al-Baqarah ayat 104, Surah An-Nisa ayat 46 dan surah Al-Mujadalah ayat 22.

Syariat Islam telah menetapkan bahawa kaum muslimin (lelaki mahupun perempuan) tidak boleh bertasyabuh (menyerupai) kepada orang-orang kafir, baik dalam ibadah, ikut merayakan hari raya dan berpakaian khas mereka.

Rujukan:
Adiba Yasmin.(2012).Koleksi Doa Khas Untuk Wanita.Al-Hidayah Publication. Selangor Darul Ehsan.

Terima Kasih.





Share this:

JOIN CONVERSATION

    Blogger Comment

0 Komen membina:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen.. (^_^)*