Adab Makan Minum Cara Nabi : Bahagian 1

CARA MAKAN


1. Cara Sebelum Makan

a) Membasuh tangan.  Hikmah atau rahsia membasuh sebelum makan itu ialah disebabkan keadaan makan selepas membasuh dua belah tangan itu ialah menjadikan makanan lebih sedap dan lebih nyaman.

"Keberkatan makanan itu ialah membasuh tangan sebelumnya dan membasuh selepasnya."
Hadith Riwayat Abu Daud dan At-Turmudzi

2. Membaca Bismillah. Aisyah r.a yang menyebut Nabi s.a.w besabda:

"Apabila seseorang kamu hendak makan sesuatu makanan, maka hendaklah dia mengucapkan: Bismillah"

Menurut Imam An-Nawawi r.a: Yang lebih utama, hendaklah seseorang membaca dengan penuh; jika seseorang membaca bismillah, sudah mencukupi dan telah memperoleh Sunnah.

Hukum Membaca Basmalah:
Jumhur Al-Ulama (Keseluruhan ulama) menetapkan membaca Basmalah sebelum makan itu adalah digalakkan dan dia bukanlah wajib.

3. Berkumpul Sewaktu Makan. Adalah digalakkan kita berkumpul sewaktu makan menurut cara yang dibenarkan oleh syara': Seperti tidak bercampur antara lelaki dan perempuan bukan mahram.

"Makanan untuk dua orang mencukupi tiga orang; makanan tiga orang mencukupi empat orang.
Hadith Riwayat Al-Bukhari

Berdasarkan hadith ini difahamkan bahawa sesuatu makanan itu akan menjadi cukup  dek keberkatan berkumpul sewaktu makan dan setiap kali bertambahnya bilangan orang, bertambah pula keberkatan. Justeru itu digalakkan berkumpul sewaktu makan.

Akan tetapi, Allah s.w.t berfirman;
"Tiada larangan bagi kamu makan bersama-sama atau sendirian."
Surah An-Nur ayat 61.



Nantikan bingkisan Cara Semasa Makan..Terima kasih.

Rujukan
Buku bertajuk Adab Makan Minum Cara Nabi
Nurkilan Ummu Abdillah
Terbitan Al-Hidayah.


Share this:

JOIN CONVERSATION

    Blogger Comment

0 Komen membina:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen.. (^_^)*