111 Wasiat Rasulullah s.a.w untuk Wanita Soleha : KEUTAMAAN MEMPUNYAI ANAK PEREMPUAN


Imam Ghazali menyatakan bahawa; jangan terlalu gembira kerana mempunyai anak lelaki. Jangan pula susah hati kerana mempunyai anak perempuan kerana kita belum tahu mana diantara mereka yang lebih baik. Banyak orang mengharapkan supaya mereka dapat anak lelaki. Tidak kurang juga banyak orang mengharapkan supaya mereka mempunyai anak perempuan. Kebahagiaan itu biasanya terdapat pada banyaknya anak perempuan, dan pahala itupun lebih banyak terdapat pada anak perempuan.

Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiap yang mengasuh atau memelihara dua orang anak perempuan sehingga besar, nanti pada hari kiamat aku dengan dia seperti ini; sambil Nabi merapatkan jarinya."
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim) 

"Barangsiapa yang mendapat kesusahan disebabkan mempunyai anak-anak perempuan, tetapi dia tetap baik kepada mereka, nanti pada hari kiamat mereka akan menjadi dinding baginya dari api neraka."
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim) 

"Barangsiapa yang memelihara dua atau tiga anak perempuan atau dua tiga saudara perempuan serta mendidiknya, maka orang itu akan masuk syurga."
 (Hadith  Riwayat Tarmizi dan Abu Daud)


Pada pendapat saya, kita sebagai manusia hanya merancang. Semua yang berlaku adalah ketentuan Allah s.w.t. Kalau dapat anak lelaki, besarkanlah dan didiklah jadi insan yang berguna. Sebaliknya kalau dapat anak perempuan, jadikanlah dia anak yang solehah, calon bidadari syurga.

Wasalam.. 

Rujukan
Dipetik dari Buku bertajuk 111 Wasiat Rasulullah s.a.w untuk Wanita Soleha.
Nurkilan Ustaz Kasmuri Selamat dan Mohd Hasnawi
Jasmin Enterprise


Share this:

JOIN CONVERSATION

    Blogger Comment

0 Komen membina:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen.. (^_^)*