Tutorial Photoshop 3 : 0-60 In 10 Minutes

Teknik nie special untuk nak beri sesuatu gambar tu ada kesan pergerakan pantas. Contohnya nak kereta bergerak pantas, orang berlari, haiwan berlari.. benda yang jatuh..

1. Cari gambar yang korang nak. File > Open > Pilih gambar korang. Saya pilih kereta yang lawa nie..


2. Lepas tu, pergi ke tool sebelah kiri.. cari Lasso tool > Pilih antara Magnetic Lasso Tool/Polygonal Lasso Tool yang korang selesa gunakan. Kemudian, pilih gambar keseluruhan kereta tu. Tanda 'o' menandakan pilihan gambar korang lengkap.




3. Kemudian, tekan CTRL + J serentak. So, automatik akan jadi layer 1. Macam kat bawah nie..


4. Kemudian, gunakan sekali lagi Magnetic Lasso Tool. Kali ni korang pilih rim kereta tu.. Bukan tayar ok..tapi rim kereta..   


5. Untuk nak buat kereta tu macam tengah bergerak, Filter > Blur > Radial Blur. Set macam yang saya buat. Lepas select, tekan CTRL + D serentak. Kemudian Ulang semula langkah 4 ni pada rim yang lain pula.





6. Kemudian, pilih layer 'Background'. Pergi ke Filter > Blur > Motion Blur. Set macam yang saya dah setkan tu..




Tadaaaaaa...inilah hasilnya.. macam laju je kan kereta ni bergerak..





Selamat mencuba! Adios Amigos!









Share this:

JOIN CONVERSATION

    Blogger Comment

0 Komen membina:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen.. (^_^)*