Menghadiri kelas Bicara Ilmu pertama 2017

Antara rakan-rakan yang sempat menghadiri bicara ilmu tersebut


Antara pengisian penting sepanjang bicara ilmu tersebut adalah:

  1. Jadilah seperti gelas yang kosong agar gelas tersebut boleh diisi dengan air yang baru. Seperti kita manusia yang sentiasa ingin memperbaiki diri dengan menambah ilmu yang baru.
  2. Banyakkan beristighfar. Kerana istighfar itu menggugurkan dosa-dosa lalu. Seperti mana pada cerita zaman nabi Muhammad S.A.W dahulu dimana baginda menggoyangkan pokok tersebut dan daunnya jatuh berguguran. Begitulah diibaratkan dosa kita seperti daun-daun tersebut.
  3. Allah S.W.T jadikan kita bukan sia-sia. Oleh itu, ucapkanlah "Alhamdulillah".
  4. Jika ada secebis sombong dalam diri kita, cepat-cepatlah ucapkan "Astaghfirullahal'azim".
  5. 2 unsur penting dalam penciptaan manusia ialah jasad dan roh. Jika salah satunya tiada, manusia tidak akan hidup. Masya Allah. Sungguh indah ciptaan Allah S.W.T.
  6. Banyak menghadirkan rasa syukur pada Allah S.W.T dan ibu yang telah melahirkan kita ke dunia.
  7. Iblis adalah musuh manusia yang paling utama. Iblis berjanji akan menyesatkan kita. Adakah kita mahu mengikut hasutan iblis laknatullah?
  8. Hidup ini adalah satu ujian untuk meningkatkan keimanan kita kepada Allah kerana sesungguhnya kita diciptakan tidak lain dan tidak bukan hanya menyembah Allah SWT yang satu.
  9. Orang yang bersyukur tidak perlu mendapatkan apa yang tidak ada pada dirinya.
  10. Kata Profesor Hamka, " bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang sebab yang belum ada itu, belum tentu kita akan dapat."
  11. Kata Profesor Hamka lagi, " walau kita tidak sekaya mereka, walau kita tidak ada rumah sebesar mereka, tapi hati kita tenang, kita dapat melihat keluarga kita sihat. Itu yang paling utama sebenarnya."
  12. Hargailah hidup ini dengan penuh rasa kesyukuran.
Antara pesanan ustaz:
  1. Jangan berputus asa dalam hidup.
  2. Yakin dengan ketentuan Allah S.W.T.
  3. Selalu tarbiah hati.
  4. Suburkan usrah.
  5. Allah S.W.T untuk kita kenal dari itu.
  6. Lazimkan diri kita dengan majlis ilmu.

Penceramah : Ustaz Johannes Lukas
Tajuk           : Syukur yang tiada nilainya.
Tarikh          : 1 Februari 2017 (Rabu)
Tempat        : Masjid UMS


Salam ukhwah buat semoga. Walau diuji dengan apa sekalipun, yakinlah Allah S.W.T dan rasul tetap bersama. Salam sebarkan ilmu kepada semua.


Share this:

JOIN CONVERSATION

    Blogger Comment

0 Komen membina:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen.. (^_^)*