Pemegang jantung hatiku

Assalamualaikum Wbt dan salam sebarkan ilmu.

Setiap insan di dunia ini masing-masing menyimpan seribu satu masalah. Di satu sudut bumi, ada insan yang sedang bergembira meniti hari-hari penuh bahagia. Di satu penjuru bumi pula ada manusia yang menjalani hidupnya dengan keadaan serba kedaifan. Setiap dari kita ada masalah tersendiri. 


Tiada manusia yang tidak ditimpa masalah. Rasulullah juga selama hayatnya berdepan dengan pelbagai masalah dan dugaan dalam berdakwah. Apa yang baginda lakukan? Tidak merungut malah berdoa kepada Allah agar mempermudahkan semuanya. Dalam kita berdepan dengan masalah, pernahkah kita tanya diri kita bahawa sudahkah kita bersyukur? Bukan hanya bersyukur kerana dikurniakan rezeki tetapi bersyukur walaupun ditimpa masalah? 

Mari saya bawa anda kepada tujuan asal kita hidup. Matlamat kita sebenarnya hanya satu yakni kita diciptakan untuk menyembah Allah yang satu. Kenapa manusia mudah lupa? Sebab, iblis dan syaitan sentiasa ada untuk mengaburi matlamat kita. 

Semua ini bertitik tolak dari manusia itu sendiri. Jika hatinya utuh dan berpaut pada Allah yang maha kekal, nescaya semua godaan iblis dan syaitan tidak memberi sedikit pun kesan.

Sidang pembaca yang saya hormati, 

Hati dan lidah adalah organ yang paling mendatangkan manfaat. Akan tetapi, hati dan lidah juga organ yang paling mendatangkan mudarat dan bahaya. Jika baik keduanya, maka baiklah segalanya. 

Kenapa kita tidak yakin dengan jaminan Allah?
Kenapa berpaut pada sesuatu yang rapuh sifatnya?
Kenapa sanggup menanti sesuatu yang tidak pasti kunjung tiba?
Kenapa kita berharap pada manusia sedangkan manusia juga ciptaan Allah?
Kenapa ada perantaraan antara kita dan Allah?

Saya menyeru kepada kalian dan diri saya sendiri, marilah kita kembali pada Allah.
Serahkan hati ini pada Allah. Biar Allah jagakan. 
Serahkan orang yang kita sayang pada Allah. Allah pasti melindungi mereka.
Berpautlah pada Allah. Allah sentiasa ada. 
Luahkan segalanya kepada Allah. Allah maha mendengar setiap luahan kita.
Yakin pada janji Allah..

Allah! Allah! Allah! Allah! Allah! Allah!

Jangan pernah berhenti menyebut namanya..
Jangan pernah lupa nikmat pemberiannya..
Jangan pernah kecewa dengan ketentuannya..
Jangan pernah mengungkit kekurangan hidupmu..

Bila hati terluka, ada Allah sebagai penyembuh..
Bila hati kecewa, ada Allah sebagai pengubat..
Bila hati celaru, ada Allah merungkainya..

Jika mahukan kesenangan, minta dengan Allah
Jika mahukan kebahagiaan, minta dengan Allah,
Jika mahukan kesihatan, minta dengan Allah..

Segalanya Allah.. Wassalam. Semoga bermanfaat. 









-Menulis dari hati-


Share this:

JOIN CONVERSATION

    Blogger Comment

0 Komen membina:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen.. (^_^)*