Keistimewaan Blog

Assalamualaikum Wbt.
Tahukah anda, blog semakin popular sekitar tahun 2000. Sejak diperkenalkan, blog menjadi wadah menyebarkan maklumat selain laman web pendidikan. Istimewanya blog ini adalah pada cara penyampaian, paparan yang menarik serta bersifat universal. Mari kita selongkar lagi keistimewaan blog.
  1. Blog boleh menjadi diari hidup seseorang. Siapa saja boleh berblog. Penulis akan mencatatkan apa sahaja yang berlaku dalam kehidupannya dan disampaikan dalam bentuk blog.
  2. Kelebihan blog yang tidak ada pada buku diari ialah, semua orang boleh melihat catatan penulis tersebut dan dialu-alukan memberi sebarang komen atau cadangan. Komen yang membina membantu penulis memperbaiki hasil tulisan dan menambah maklumat yang lebih relevan.
  3. Blog juga salah satu medium untuk berkongsi maklumat. Seperti contoh, penulis dapat mengulas buku apa yang telah dibacanya ataupun yang dirasakan menarik untuk dikongsikan.
  4. Blog tempat penulis menceritakan segala-galanya. Tip, tutorial, petua dan teknik dalam pelbagai bidang.
  5. Blog melatih penulis memperbaiki bahasa agar mudah difahami oleh pembacanya.
  6. Blog medium perniagaan. Blogger yang kreatif akan menarik pelanggan dengan pengisian blog yang menarik. 
Sejujurnya, saya mula tertarik dengan blog pada tahun 2010. Blog menjadikan saya lebih dekat dengan pembaca. Apa yang saya kongsikan, saya berharap sangat ianya memberi manfaat dan mengubah hidup seseorang. Kini, saya adalah blogger aktif yang sentiasa ingin mencari sesuatu yang baru untuk pembaca setia saya. Apa yang boleh saya katakan, blog menyimpan pelbagai cerita menarik. Saya bebas berkarya, saya bebas mengeluarkan idea saya dan kepuasan dalam menulis itu sesuatu yang sukar digambarkan dengan kata-kata. 

Mari bersama saya menyampaikan ilmu melalui blog. Salam muharram 1436H.











-Menulis dari hati-

Share this:

JOIN CONVERSATION

    Blogger Comment

0 Komen membina:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen.. (^_^)*