Cara mengatasi 'Too Many Pattern Attempts'

Hai semua!


Baru-baru ini, telefon saya terkunci disebabkan terlalu banyak memasukkan patterns. Saya pasti ada diantara anda yang pernah mengalami situasi seperti saya. Antara sebabnya ialah anda terlupa password pattern anda dan mungkin anda cuba untuk membuka pattern telefon orang lain dan akhirnya terkunci.

Saya panik tak tentu pasal. Iyelah.. dekat dalam tu ada nombor telefon orang-orang tersayang dalam hidup saya. Ada nota-nota penting dan mesej-mesej tanda kenangan. Cari punya cari, akhirnya telefon saya dah dapat dibuka semula. Hooreyyyyyy!!

Oleh yang demikian, saya akan kongsikan dengan korang semua macam mana saya mengatasi masalah ini berdasarkan pengalaman saya. 

1. Pertama sekali, bila telefon korang terkunci, paparan korang akan seperti kat bawah ni. Seterusnya, korang diminta untuk memasukkan email dan password gmail. Akan tetapi, untuk membuatnya kenalah ada capaian internet kan..kan.. Bila dah terkunci macam ni, macam mana nak sambung dengan internet?? Pasti korang mati akal.

















2. Jangan panik, jangan risau, jangan gusarkan lagi hati korang yang dah berkecamuk. Ada cara lain yang boleh kita gunakan. Ingat, jangan putus harapan. Langkah terakhir yang memungkinkan korang dapat membuka pattern yang dah terkunci tu adalah dengan menekan kekunci VOLUME + HOME + POWER ON/OFF serentak. Jangan lepaskan kekunci.  Tunggu sehingga paparan dimatikan dan kemudian hidup semula.

3. Tunggu beberapa saat. Seterusnya, gunakan kekunci VOLUME dengan memilih 'WIPE DATA AND FACTORY RESET'. Gunakan kekunci HOME untuk memilih sama ada YES or No. Selepas itu, Telefon korang akan FORMAT semula semua aplikasi yang telah korang muat turun. Nampaknya, korang kena mula dari awal semula.

Apapun, selamat mencuba bagi yang nak try dan jangan risau lagi sekiranya telefon anda terkunci.

Adios Amigos!


Share this:

JOIN CONVERSATION

    Blogger Comment