Melayari Internet dengan selamat. Bagaimana??

Pernah tidak anda apabila melayari internet, tiba-tiba keluar iklan-iklan yang tidak baik untuk dilihat. Lebih tepat lagi gambar-gambar 18SX. Saya sebenarnya tidak selesa dengan keadaan ini. Saya pasti anda juga begitu. Apa taknya, kita nak mencari maklumat yang berguna dalam sesebuah laman web tersebut akan tetapi terpaksa  menghentikan hasrat. Sebabnya hanya sekecil iklan di laman web tersebut yang tidak baik untuk dilihat.Dan ini sangat membahayakan kanak-kanak jika tidak dipantau oleh ibu bapa mereka.

Oleh sebab itu, saya dah jumpa cara macam mana nak mengelak dari melihat benda-benda seperti itu.Kalau anda ada cara yang lain, boleh kongsi dengan kita juga.


1. Mula-mula, anda taip URL ini..  http://www.google.com.my/preferences. Kemudian, akan keluar rajah seperti kat bawah ini. 

2. Di bahagian SafeSearch Filters, klik 'Filter explicit result'. Kemuadian 'Save'.

Rajah 1


3. Dah?. Kalau anda ada akaun gmail, anda boleh kunci terus pencarian anda agar lebih selamat. Caranya, anda klik 'Lock SafeSearch'. Kemudian, ia akan meminta ada untuk memasukkan ID dan password anda. Seperti anda membuka email. Kemudian, klik semula 'Lock SafeSearch'. Selepas itu, akan keluar rajah seperti dibawah ini pula. Apabila anda lihat bebola yang berwarna warni dalam 'Google search' seperti di bawah, ini bermakna anda berada di zon pencarian selamat. Sekiranya bebola berwarna tidak muncul dalam pencarian anda, pencarian anda mungkin tidak akan ditapis.

Rajah 2

4. Bagi yang suka melayari laman web YouTube, banyak video-video dan iklan-iklan yang bersifat 18SX keluar apabila kita membuat pencarian. Kalau tak nak video dan iklan tersebut keluar, ikut langkah ini. Anda buka laman YouTube. Kemudian, skrol bahagian paling bawah. Anda akan jumpa seperti rajah kat bawah ini. Anda klik 'On' di bahagian Safety mode dan 'Save'. 

Rajah 3





5. Sekiranya anda merasakan video yang anda lihat agak keterlaluan, anda boleh membuat laporan kepada pihak pengurusan YouTube. Caranya seperti  rajah di bawah. Klik bendera tersebut dan ikut langkah seterusnya. Pastikan anda mempunyai akaun YouTube barulah anda boleh membuat laporan. 


Cuba ya korang. Semoga bermanfaat kepada semua.




Share this:

JOIN CONVERSATION

    Blogger Comment