Mengelak Penipuan Internet


Membeli belah secara dalam talian (online) memang senang. Lebih-lebih lagi pelbagai produk dan tawaran. Ditambah pula dengan sistem perbankan dan pembayaran online memudahkan lagi transaksi hanya dengan satu klik. Akan tetapi, ada pihak yang mengambil kesempatan dan mengaut keuntungan dengan menawarkan produk-produk popular pada harga yang lebih rendah. 

Apakah yang anda perlu lakukan jika menjadi mangsa penipuan internet? Atau apakah langkah berjaga-jaga anda untuk mengelak dari terkena penipuan sebegini? 

  
                              
Sebagai langkah pencegahan, anda disarankan supaya hanya melakukan pembelian di laman-laman web yang sah dan diperakui oleh badan-badan bertauliah. Berhati-hati ketika berurusan dengan orang yang tidak dikenali. 


Sebelum membeli, siasat dahulu latar belakang penjual tersebut. Cari maklumat penjual tersebut melalui internet ataupun forum list. Contohnya dari forum-forum, kita dapat melihat komen-komen orang ramai setelah berurusan dengan penjual tersebut. 


Selain itu, apabila selesai melakukan transaksi melalui perbankan internet, jangan lupa 'save' rekod transaksi anda sebagai bukti dan simpanan rekod anda pada masa hadapan. 

Bagi yang mendapatkan barangan melalui pos, jangan lupa mendapatkan 'tracking number' daripada penjual tersebut dan ini akan menyenangkan anda untuk menjejaki barangan anda. 

MINTA BANTUAN CYBER999

Cyber 999 ialah sebuah pusat khidmat bantuan keselamatan siber yang dilaksanakan oleh Malaysia Computer Emergency Response Team (MyCERT). Ia juga merupakan sebuah jabatan di CyberSecurity Malaysia. Tujuan Cyber 999 dilancarkan adlah untuk membantu mereka yang berhadapan dengan isu-isu berkaitan keselamatan siber seperti kecurian identiti, pencerobohan siber dan pembulian melalui internet. 

Laporkan masalah anda kepada saluran berikut.

LAMAN WEB RASMI

Email : Cyber999@cybersecurity.my
Sertakan butir-butir seperti :
1. Daripada mana sumber serangan tersebut
2. Destinasi serangan
2. Email serangan 
3. Masa serangan

TELEFON
1-300-88-2999 (waktu pejabat)
019-266 5850 (24 jam/kecemasan)

FAX
+603-8945 3442

SMS
CYBER999 REPORT <EMAIL> <COMPLAINT> TO 15888







RUJUKAN
Majalah PC Oct 2013
Laman Rasmi CyberSecurtity Malaysia



Share this:

JOIN CONVERSATION

    Blogger Comment

0 Komen membina:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen.. (^_^)*