Merawat Komputer Supaya Cergas!

Pada kali ni, aku nak share dengan korang camne nak cergaskan komputer korang yang lembap tu.. ini bukan untuk melajukan internet ye korang.. jangan salah faham.. Kalau korang nak tahu, registry yang berserabut atau tidak diselenggara boleh menyebabkan prestasi komputer korang jadi lembap. 

Registry ni korang bagi yang belum tahu lagi ialah hirarki pangkalan data yang menyimpan tetapan tatarajah dalam sistem operasi windows. So, direct to the point lah k. Sini aku nak introduce kat korang satu perisian yang dapat membantu melancarkan komputer korang. Aku dah try.. dan aku rasa selesa guna perisian nie.. sangat mudah..


So, perisian yang aku maksudkan ni ialah WiseCleaner. Perisian ni dapat membersihkan dan memulihkan registry sistem korang secara automatik. Antara kelebihannya pula, ianya boleh membezakan entri registry yang selamat dan merbahaya kalau dipadam. Apapun korang, perisian percuma ini sesuai untuk semua. Yang penting, perisian ini tidak memerlukan saiz memory yang banyak. Hanya 2.2MB je..







Selamat mencuba!


Share this:

JOIN CONVERSATION

    Blogger Comment

0 Komen membina:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen.. (^_^)*