Apakah level SPF yang sesuai untuk kulit kita?

Salam sejahtera tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Ramai kawan-kawan di luar sana pasti tak tahu apa sebenarnya SPF tu kan? Ala, yang selalu kita tengok iklan kat tv tu.. kat lotion, foundation, bedak asas..sunblock.. Apa maksud SPF ni? Meh aku kongsi. SPF nie korang singkatan untuk (Sun Protection Factor). Oh, baru tahu kan.. Nombor pada SPF menunjukkan berapa lama masa yang diperlukan oleh seseorang itu tahan memakai pelindungan dari matahari sebelum kulit dorang mula terbakar..

Contohnya, SPF 15 X 10 minit = 150 minit (Masa bertahan dengan cahaya matahri sebelum kulit mula terbakar). Jadi korang, kalau SPF 50 atau 70, menunjukka seseorang itu boleh bertahan lebih lama tanpa kulit terbakar. Kajian menunjukkan bahawa, SPF 15 melindungi 93% dari cahaya matahari berbanding SPF 60 lebih kurang 98%.





Tak kiralah level SPF yang kita gunakan, yang penting kita kena ada cara nak melindungi kulit kita nie selain bergantung dengan sebarang produk kecantikan. Antaranya : 


  • Sapu produk perlindungan setiap 2 jam.

  • Elak daripada berada di bawah cahaya matahari dari jam 10pagi- 2petang. Sebab waktu ini adalah yang paling panas membahang..

  • Gunalah topi, atau pakaian yang berupaya melindungi kulit korang terutamanya bagi kulit sensitif.

  • Elak pakai baju hitam ketika panas matahari..Sebabnya warna hitam lebih menyerap panas berbanding warna putih..


Sebagai panduan kita semua,

  • SPF 20 & kebawah : Ideal untuk kegunaan harian. Contohnya berjalan atau memandu hendak ke tempat kerja.

  • SPF 30 & keatas : Ideal bagi yang hendak meluangkan masa lebih dari 2 jam untuk aktiviti-aktiviti luar seperti berkebun, bersukan dan sebagainya. 

Kesimpulannya, pakar kulit menyarankan penggunaan SPF 15 amat sesuai untuk semua tona kulit. Harap-harap perkongsian ilmu ini memberi manfaat kepada semua. 


Sincerely me,









Share this:

JOIN CONVERSATION

    Blogger Comment

0 Komen membina:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen.. (^_^)*