Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Anda Mempunyai Hutang Tidak Terkawal?

Ada 3 langkah yang boleh korang gunakan untuk menangani hutang tidak terkawal.


1. Akui korang mempunyai masalah hutang tidak terkawal.

  • Janganlah nak menafikannya.. Mengakulah korang sebenarnya ada banyak hutang. Jangan tambah hutang. Ini termasuklah beli barang guna kad kredit.

2. Analisis situasi untuk menilai kedudukan kewangan korang.

  • Kemaskini semua penyata pinjaman korang untuk mengetahui jumlah hutang yang sebenarnya. Bandingkan jumlah pembayaran balik hutang dengan pendapatan korang.
  •  Bayar balik mengikut keutamaan. Bayar pinjaman dan hutang tertunggak dengan kadar faedah yang lebih tinggi dahulu.

3. Ambil tindakan segera untuk membetulkan keadaan.

  • Sediakan bajet, sekiranya korang masih belum berbuat demikian. Bajet korang mesti mengambil kira semua pembayaran bulanan dalam senarai perbelanjaan korang.
  • Pertimbangkan untuk menggunakan tabungan atau menjual aset pelaburan bagi mengurangkan hutang. Kurangkan perbelanjaan korang. Berusaha lagi meningkatkan pendapatan.
  •  Berunding dengan institusi kewangan untuk memohon penstrukturan atau penjadualan semula pinjaman yang bersesuaian dengan kedudukan aliran tunai korang.
  • Dapatkan bantuan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) jika institusi kewangan anda tidak dapat membantu.

Credit : Power! Pengurusan wang ringgit anda, terbitan AKPK



Share this:

JOIN CONVERSATION

    Blogger Comment

0 Komen membina:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen.. (^_^)*