Merancang Kewangan Dengan Berkesan.Bagaimana Caranya??






Hai korang! Tengah wat apa tue? Terima kasih la sudi-sudi jenguk blog kite yang tidak seberapa ni..  Ni ha nak kongsi sikit tentang bagaimana cara kita nak merancang kewangan kita agar lebih terjamin di masa hadapan. Korang nak tahu tak? Al maklumlah, baru-baru nie sedang berjalan Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2012 kat Kota Kinabalu, Sabah ni. So, banyaklah ilmu yang kite dapat berkenaan kewangan.

Ada 4 langkah dalam merancang kewangan kita.


1. MENETAPKAN MATLAMAT KEWANGAN
Maksudnya, apa yang korang nak lakukan dengan wang anda dalam tempoh tertentu. Ini adalah untuk     memastikan korang berbelanja serta menyimpan secara teratur untuk mencapai matlamat korang. Matlamat ini boleh berbentuk jangka masa pendek, sederhana atau panjang bergantung kepada faktor seperti usia, pendapatan, taraf perkahwinan dan jumlah tanggungan.



Matlamat Kewangan
Jangka Masa
Pendek
Sederhana
Panjang
Melangsaikan hutang kad kredit
X


Membeli Kereta

X

Membeli Rumah

X

Simpanan Untuk Persaraan


X


2. JEJAKI KE MANA PERGINYA WANG ANDA
Seterusnya, korang perlu memantau tabiat berbelanja korang. Mulakan dengan merekod segala perbelanjaan dalam tempoh tertentu. Contohnya, dalam sebulan. Tujuannya korang, supaya kita tahu kemana wang yang telah dibelanjakan bukan mengurangkan perbelanjaan.

3. MENILAI TABIAT BELANJA ANDA
Korang perlu menilai tabiat berbelanja sekiranya korang tidak ada sebarang lebihan wang pada akhir bulan atau nak meningkatkan jumlah simpanan. Teliti senarai perbelanjaan harian dan nilai sama ada ia adalah keperluan atau kehendak. Elak ye korang tabiat buruk berbelanja. Saya pun sentiasa mengingatkan diri saya.


4. MENULIS RANCANGAN PERBELANJAAN ANDA
Selepas mengkaji tabiat belanja korang, korang bolehlah buat pelan perbelanjaan untuk mencapai matlamat korang. Senangkan kan. Tapi sebenarnya, memerlukan komitmen dan disiplin yang kuat.

Korang kena mula menyimpan dari awal. Jangan tunggu sehingga waktu sesuai. Lebih awal menyimpan, lebih banyak simpanan. Cuba simpan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan korang. Kalau lebih dari itu lagi bagus. Saya saja je letak nilai 10%.. Contoh..

Kebanyakan orang :
PENDAPATAN - PERBELANJAAN = SIMPANAN/PELABURAN


Korang sepatutnya :
PENDAPATAN - SIMPANAN/PELABURAN = PERBELANJAAN 


Dengan cara ini, korang lebih berdisiplin dalam menyimpan wang. Betul tak??

Semoga apa yang saya kongsi bersama korang, dapat sedikit sebanyak korang mengubah tabiat belanja korang. Bukan Ape. Untuk masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilanglah katakan..

Sekian dan Selamat Malam.




Credit to : Info Perbankan.





Share this:

JOIN CONVERSATION

    Blogger Comment

0 Komen membina:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen.. (^_^)*