Bagaimana Hendak Mendapat Kawan?





Hai korang.. penat tak hari ini? Stress tak kat tempat kerja? Banyak 'homework' kena bagi? Yang dah berkeluarga macam aku nie, kenalah pandai ye membahagikan masa. Yang belum berkahwin pula, korang kenalah pandai 'handle' perkara-perkara macam nie.. Sentiasalah berfikiran positif dalam melakukan sesuatu perkara agar korang dapat laksakannya dengan mudah..

Aku nak 'share' lah sikit beberapa tips macam mana nak dapat ramai kawan. Aku bukanlah nak kata aku nie pakar sangat dalam hal nie, tetapi tips yang aku nak kongsikan bersama-sama korang nie aku simpulkan dari sebuah buku yang aku dah baca dan aku rasa, bagus untuk dikongsikan..'sharing is caring' lah katakan..hehehehe..

1. Senyum
'First Impression' adalah sangat penting. Orang akan menilai kita pada pertemuan pertama. Bila tunjukkan 'impression' dan senyuman yang baik pada seseorang itu, di hatinya sudah tersemat  bahawa kita adalah orang yang baik dan peramah. Tapi senyuman yang diberikan itu hendaklah benar-benar ikhlas dari hati. Orang itu pasti akan rasai keikhlasan kita.

2. Anda mulakan perbualan.
Kawan kita mungkin agak pemalu bila berjumpa dengan kita lebih-lebih lagi dengan orang yang tidak dikenalinya. Oleh itu, apa salahnya sekiranya kita yang memulakan perbualan terlebih dahulu. Perkenalkanlah diri korang. Kemudian korang pula bertanyakan soalan kepada mereka. Disitu telah wujud saling berinteraksi.  Cuba  cari apa minat mereka. Sekiranya  minat mereka sama dengan korang, makin hangatlah perbualan korang.

3. Jangan mengkritik ataupun merungut!
Ok yang nie, bila tengah bercerita tue, janganlah kita asyik cerita tentang benda yang negatif je..Jangan banyak sangat mengkritik, merungut atau mengumpat. Pasti kawan kita akan beranggapan mungkin suatu hari nanti kita akan melakukan perbuatan yang sama terhadap mereka.

4. Berikan penghargaan yang ikhlas.
Bila kawan kita bercerita tentang kejayaannya, hargailah dengan  mengucapkan kata-kata seperti "wah, bagusnya awak.." ''Tahniahlah pada awak..'' ''Bestnya saya kalau jadi macam awak.." Sedikit pujian juga haruslah diberi contohnya ''Pandainya awak.." "Awak ceria hari ni.." setakat nie ok tak? boleh buat?

5. Bagi Perhatian
Korang, kalau kawan kita tu tengah bercakap, bagilah perhatian.. janganlah korang dengar tapi tengah fikir benda lain. Nanti, dia tanya balik, korang tak dapat jawab..kan dah kantoi.. terus dia tak ada 'mood' nak teruskan bercakap..

6. Ucapan terima kasih
'Last' sekali, kalau dah nak mengundurkan diri, bagilah sedikit ucapan terima kasih sebagai tanda mereka sudi bersama dengan korang kongsikan cerita. Sekurang-kurangnya, itu adalah penamat yang baik. Tanyalah dia ada 'facebook' ke..'yahoo messenger' ke.. lepas nie boleh berhubung lagi..



Tips ni aku dah 'try' buat, memang berjaya. Cuba buat sendiri.. Untuk yang nak 'tackle' awek2 tu, tips ni pun boleh jugak digunakan..sama je..  Ok korang, 'next time' aku bagi lagi tips macam ni k.. Tata~



Share this:

JOIN CONVERSATION

    Blogger Comment

0 Komen membina:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen.. (^_^)*