10 Tips Penjagaan BATERI Komputer Riba..



 Selamat pagi.. kali ni Cik Puan Moon Paramoon nak share tips macam mana bateri laptop korang agar tahan lebih lama.. Ada yang dah tahu, ada juga yang belum tahu lagi. So, dipendekkan citer.. Meh kita tengok perkara-perkara yang korang kena ambik perhatian sikit pasal bateri laptop ni. Penting tau korang. Bateri tu dah la mahal.. kena jaga baik-baik.

 
1. Charger/AC Power

Sekiranya berada dirumah, memang digalakkan untuk menggunakan AC Power selain dari menggunakan sumber elektrik yang datangnya dari bateri. Carilah tempat yang berdekatan dengan sumber elektrik sebelum menggunakan laptop. Kalau boleh bila pakai plug, tanggalkan bateri dari laptop.
2. Kawal Suhu Laptop
Jika menggunakan bateri, pastikan suhu laptop tidak terlalu panas. Jika suhu laptop terlalu tinggi/panas, ini akan menyebabkan kipas dibahagian bawah laptop berpusing lebih pantas daripada biasa. Selain daripada itu, perlu memastikan ruang pengudaraan tidak terhalang dengan kotoran ataupun terlalu rapat dengan permukaan meja/alas laptop. Ini akan menyebabkan udara panas yang terhasil dari laptop akan berada disekitar itu sahaja. Sebaik-baik, condongkan laptop korang untuk memberi ruangan udara yang luas.
3. Kawal Kelajuan CPU
Korang boleh mengawal/mengurangkan kelajuan CPU semasa menggunakan bateri. Untuk melakukan sedemikian, korang perlu ke Control Panel dan pilih Power Options. Korang boleh memilih sama ada untuk menggunakan pilihan Balanced, Power Saver atau pun Custom (Change Plan Settings).
4. Tambah RAM
Kekurangan RAM juga boleh menyebabkan jangka masa penggunaan bateri berkurang. Ini kerana jika RAM mengalami ‘Low Amount’, CPU akan membuat satu virtual memory didalam hard disk. Jika CPU perlu mengakses virtual memory yang terdapat didalam hard disk tersebut, ia memerlukan sumber kuasa yang banyak.
5. Guna Hibernation Mode
Sekiranya korang mahu meninggalkan laptop korang dalam keadaan terpasang, dicadangkan korang menggunakan kaedah Hibernation Mode. Jika korang hanya melakukan Standby, penggunaan kuasa lebih banyak jika dibandingkan semasa laptop didalam keadaan Hibernate.
6. Kurangkan Kecerahan Skrin
LCD screen dan hard disk adalah komponen yang menggunakan kuasa elektrik paling banyak jika dibandingkan dengan komponen lain. Matikan skrin LCD korang jika tidak menggunakannya. Selain itu,korang boleh mengurangkan kecerahan skrin tersebut melalui kekunci tambahan yang terdapat pada laptop. Ia akan mengurangkan penggunaan bateri dan dapat menjaga mata korang juga.
7. Kurangkan Penggunaan Hardware Dalaman
Apa yang dimaksudkan dengan hardware dalaman? Ianya adalah peranti bluetooth, wireless, dan infrared. Jika tak guna, matikan. so, jimat sikit bateri. Boleh pakai lama.
8. UnPlug Peranti Luaran (External Device)
Penggunaan external hard disk, USB drive, USB keyboard dan USB mouse, adalah salah satu punca yang mempercepatkan lagi pengurangan kuasa bateri. Jadi, kalau nak guna dalam jangka masa yang lama, unplugkan ia. Kalau boleh mouse tue, tak payah la cucuk, pakai touchpad je. Ni cuma cadangan je..
9. Matikan Jadual Tugasan (Scheduled Tasks)
Apa yang dimaksudkan dengan jadual tugasan. Dipendekkan cerita, matikan semua kemaskini/update yang sedang berjalan. Ini kerana, untuk mendapatkan kemaskini terbaru terhadap aplikasi tersebut, ia menyemak data yang telah dipasang pada sistem anda. Jadi, lebih banyak kerja yang dilakukan, lebih banyak kuasa akan dihabiskan.
10. Matikan Aplikasi Yang Tidak Perlu
Ini yang terakhir dan memang penting. Pastikan korang matikan aplikasi yang tidak digunakan untuk mengurangkan bebanan kepada CPU. Lebih banyak bebanan CPU, lebih banyak kuasa bateri digunakan. Semak pada System Tray untuk memastikan aplikasi yang perlu sahaja. Selain itu, Elakkan penggunaan aplikasi yang memerlukan pemprosesan yang tinggi. Bermain permainan yang memerlukan grafik, audio, RAM, dan kekunci harus dielakkan semasa dalam mode bateri.
 Sharing is Caring! Daaaa...

Share this:

JOIN CONVERSATION

    Blogger Comment

0 Komen membina:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen.. (^_^)*