TEKNIK MENARIK PEMBACA KE BLOG..


As'salam semua..


Tahu x, teknik menulis blog yang baik dan kreatif boleh menarik pembaca tersangkut pada blog anda berjam-jam lamanya.. Ini adalah kerana blog mestilah mempunyai ciri2 seperti berikut:-


*Tajuk yang memukau/menarik
Sebelum sampai ke blog anda, para pembaca mesti akan fokus pada tajuk dahulukan? Jika mereka tertarik, barulah 'link' anda akan di klik..Sebab, tajuk artikel blog sangat penting. Diibaratkan pembaca yang nak beli buku novel (bagi yang suka baca novel lah..hehehe) mesti mereka akan lihat tajuk dahulu, kalau kena di hati, baru tengok sipnosisnya..rasa2 dah syok mesti beli punya..kan2.. ^_^


*Susunan ayat yang berpatutan
Ha, ni salah satu perkara wajib dalam artikel blog anda.. janganlah bagi ayat2 yang berbunga2 atau bersastera segala.. lecehlah.. jangan terlalu panjang sangat artikel tue nanti pembaca hanya baca isi2 penting je..kan sia-sia je taip panjang tue..jangan juga terlalu singkat sangat perkataan tue..kekadang ada diantara pembaca yang x faham dengan singkatan perkataan anda.. kalau boleh, lengkap lagi bagus.. 'next' time, bila orang cari kata kunci, senang 'google' nak 'detect' perkataan dari blog anda.. semakin ramai la pelawat ke blog anda..


* Isi artikel yang bermanfaat
Ini adalah salah satu cara mem'promote' blog anda.. kerana, pembaca akan berpuas hati dan berterima kasih kerana kongsikan artikel yang bermanfaat kepada mereka. Inilah yang mereka cari sebenarnya.. Jika kena pada gayanya, pasti artikel anda akan mereka kongsikan di 'facebook' atau blog-blog mereka..


*Penampilan blog
Sesetengah blog yang saya dah lawat, ada yang 'wahhh'.. ada jugak yang biasa2 je.. na, inilah masa anda menunjukkan kehebatan anda..(chewah!) ialah kan.. buatla blog anda sekreatif yang mungkin..jd pembaca pun x jemu-jemu ke blog anda.


Itu sajalah tips yang dapat saya kongsikan kepada anda semua..harap anda praktikkan.. majulah blog untuk negara! hehehehe..



Share this:

JOIN CONVERSATION

    Blogger Comment

0 Komen membina:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen.. (^_^)*