Kerjaya anda, masa depan anda (PART 2/3)

TEGANG

Bila kita nak membuat keputusan, lebih-lebih lagi masa yang diberikan sangat terhad pasti kita akan rasa ketegangannya. Situasi ini menguji kemahiran kita dalam membuat keputusan yang rasional. Jika anda merasakan tidak dapat melaksanakan suatu tugas yang diarahkan, serahkan kepada orang lain yang dirasakan mampu melakukannya. Anda juga mesti bijak dalam menyusun tugasan mengikut kepentingannya.

NAK OVERTIME LAH...

Bekerja lebih masa boleh menambahkan pendapatan. Akan tetapi, jika terlalu kerap sehingga memudaratkan diri sendiri, lebih baik tidak dilakukan. Badan kita akan rasa penat yang teramat dan bila keesokan harinya, kita menjadi tidak produktif. Bagi yang sudah terbiasa, tidak menjadi masalah. Kalau boleh, elakkan dari terlalu membuat kerja lebih masa. Biar kerja yang dihasilkan berkualiti bukan dilihat dari segi kuantiti.

INI ADALAH PILIHAN SAYA..

Kebanyakan dari kita yang bekerja mempunyai kerja yang tidak menyenangkan tetapi terpaksa melakukannya juga. Ada juga yang tidak suka sesuatu kerja itu dan asyik menunda dan mengelak. Cara terbaik ialah, berani berdepan dengan kerja tersebut. Anggaplah ini cabaran dan pengalaman yang berharga buat anda. Selagi kita tidak mencuba, kita tidak akan tahu hasilnya.

GAJI TAK CUKUPLAH...

Kita selalu dengar kawan-kawan kita merungut duit gaji mereka tidak cukup. Hal ini akan berlaku kepada kita jika tidak ada perasaan bersyukur terhadap kerja yang dilakukan. Serendah-rendah gaji kita, ada lagi orang yang tidak mendapat pekerjaan dan hidup merempat. Yang penting, kerja yang kita lakukan adalah halal.

Nantikan part 3 ya..



Share this:

JOIN CONVERSATION

    Blogger Comment

0 Komen membina:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen.. (^_^)*