Halal ke tak?
Hai korang!
Bertemu kembali! Post aku kali nie berkenaan "HALAL". Oklah.. Mesti ada dikalangan korang semua ragu-ragu dengan produk kecantikan yang korang tengah pakai kan? halal ke tak? Untuk mengetahui sama ada produk yang korang gunakan tu halal ke tak, korang layari laman web JAKIM ni..
DIREKTORI HALAL MALAYSIA
Dalam laman web tu, korang boleh mengetahui status halal dengan cara korang taip je produk korang, atau nama syarikat, menu, premis makanan dan rumah sembelihan. Korang juga boleh mengetahui status hotel yang halal kat Malaysia nie..Korang cari ikut negeri.. Lagi senang..
DIREKTORI HOTEL HALAL DI MALAYSIA
Sambil-sambil korang cari produk halal korang tue, korang juga boleh mendapat penjelasan mengenai kemusykilan agama yang selama ini korang tak tahu.. Jangan risau betul ke tak jawapan dia sebab soalan-soalan yang diutarakan tu, dijawab oleh pihak JAKIM itu sendiri.. So, tak payah risau lah korang. Nampak banyak sangat soalan, korang cari je ikut kategori yang korang nak kan tu..ok.
KEMUSYKILAN AGAMA
Dulu ada aura-aura Hazeline Snow nie ada lemak babi ye.. Sebenarnya tak adalah korang. Hazeline Snow nie keluaran syarikat Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd. So, apa-apa produk dibawah syarikat ini adalah HALAL seperti Lipton Ice Tea, Lady's Choice, Planta Margerine dan semua jenama Hazeline..Saya dah cek sendiri tau kat Drektori Halal Malaysia. Ini number rujukan syarikat dorang :
No. Rujukan :
| JAKIM/(S)/(22.00)/492/2/ 1 008-03/2004 |
1. Safi Rania
2. Alaisyah
3. Shurah
4. Safi
5. Johnsons Baby
dan banyak lagi..rajin-rajinlah cari korang!
So, itu jelah buat kali ni.. Harap-harap sedikit perkongsian dari saya ni dapat membantu korang yang di dalam dilema tu..Apapun..Selamat berhujung minggu dan Salam 1 Malaysia!
Sumber : JAKIM MALAYSIA
akak betul hs halal???kalu mcm 2 nak beli la
ReplyDelete