Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Anda Mempunyai Hutang Tidak Terkawal?
Ada 3 langkah yang boleh korang gunakan untuk menangani hutang tidak terkawal.
1. Akui korang mempunyai masalah hutang tidak terkawal.
2. Analisis situasi untuk menilai kedudukan kewangan korang.
3. Ambil tindakan segera untuk membetulkan keadaan.
Credit : Power! Pengurusan wang ringgit anda, terbitan AKPK
1. Akui korang mempunyai masalah hutang tidak terkawal.
- Janganlah nak menafikannya.. Mengakulah korang sebenarnya ada banyak hutang. Jangan tambah hutang. Ini termasuklah beli barang guna kad kredit.
2. Analisis situasi untuk menilai kedudukan kewangan korang.
- Kemaskini semua penyata pinjaman korang untuk mengetahui jumlah hutang yang sebenarnya. Bandingkan jumlah pembayaran balik hutang dengan pendapatan korang.
- Bayar balik mengikut keutamaan. Bayar pinjaman dan hutang tertunggak dengan kadar faedah yang lebih tinggi dahulu.
3. Ambil tindakan segera untuk membetulkan keadaan.
- Sediakan bajet, sekiranya korang masih belum berbuat demikian. Bajet korang mesti mengambil kira semua pembayaran bulanan dalam senarai perbelanjaan korang.
- Pertimbangkan untuk menggunakan tabungan atau menjual aset pelaburan bagi mengurangkan hutang. Kurangkan perbelanjaan korang. Berusaha lagi meningkatkan pendapatan.
- Berunding dengan institusi kewangan untuk memohon penstrukturan atau penjadualan semula pinjaman yang bersesuaian dengan kedudukan aliran tunai korang.
- Dapatkan bantuan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) jika institusi kewangan anda tidak dapat membantu.
Credit : Power! Pengurusan wang ringgit anda, terbitan AKPK
0 Komen membina:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi komen.. (^_^)*