Cakna ubat anda

Paparan pada Play Store

Assalamualaikum WBT

Apa khabar semua? Semoga sihat hendaknya..Entry pada kali ini agak menarik sedikit. Khususnya kepada kaum wanita. Siapa tak nak cantik? Fitrah wanita sukakan kecantikan. Ada yang nak sederhana sahaja ada pula yang terlalu obses sehingga memudaratkan diri sendiri.

Saya amat menyokong penuh usaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana tidak pernah berhenti memberi kesedaran kepada orang ramai tentang bahayanya ubat tidak berdaftar. 

Saya terpanggil untuk berkongsi dengan anda semua satu aplikasi yang dibangunkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Cawangan Kelantan yang saya kira anda semua perlu ada iaitu "Cakna Ubat Anda". Pernah dengar tak istilah "Cakna"? Cakna bermaksud ambil tahu. 

Anda boleh dapatkan aplikasi tersebut dengan install di Play Store. Anda hanya perlu taipkan kata kunci "Cakna ubat anda".  Aplikasi ini hanya untuk pengguna android sahaja buat pada masa ini. Didalamnya terdapat empat (4) E-book yang harus anda miliki;
  1. Cakna Ubat Anda
  2. Kosmetik, Cantik atau Mudarat?
  3. Ubat Kosmetik dan racun
  4. Kawalan Iklan Ubat dan Perkhidmatan Perubatan.
Saya amat syorkan anda memiliki aplikasi ini kerana;
  1. Ilustrasinya sangat menarik
  2. Banyak info dan fakta yang anda boleh ketahui
  3. Saiz fail tidak terlalu besar. 
  4. Boleh dimuat turun dalam bentuk pdf.
  5. Input yang ringkas dan mudah difahami.
  6. PERCUMA
Kesimpulannya, pada pendapat saya sebagai seorang wanita, cantik itu sementara sahaja. Semua pasti akan merasa tua pada akhirnya. Pada saat itu, bukan kecantikan yang dikejar tetapi menghitung berapa banyak amalan sudah yang dikumpul untuk dibawa ke hadapan Allah SWT. 

Saya sudah memiliki E-Book tersebut. Anda bila lagi?? Salam sebarkan ilmu dan kebaikan.


Share this:

JOIN CONVERSATION

    Blogger Comment

0 Komen membina:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen.. (^_^)*