Hikmah Disebalik Kemaafan

Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokaatuh..



Salam persahabatan kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian. 

Siapa di antara kita yang sukar nak meminta maaf dan memaafkan kesalahan orang lain? Cuba check hati kita. Jika kita ada tanda-tanda tersebut, ternyata hati kita masih keras. Kenapa kita perlu EGO? Saling bermaaf-maafan merupakan sifat yang terpuji dan dituntut dalam Islam. 

MEMAAFKAN
Selagi kita tidak maafkan kesalahan orang lain, selagi itulah hati kita akan sakit, menderita dan merana sebab kita asyik berdendam. Tidak dinafikan walaupun kita dapat memaafkan orang lain, akan tetapi kita masih tidak boleh melupakannya. Betul tak? Memaafkan dan melupakan adalah dua perkara yang berbeza kawan-kawan. Selagi kita berfikiran waras, selagi itulah segala memori terpahat di jenak fikiran kita. Itu sudah fitrah kita sebagai seorang manusia. Jika kita dapat mengingati kenangan sewaktu masih kecil, apatah lagi peristiwa besar yang pernah berlaku dalam hidup kita.

Pembaca yang saya kasihi sekalian, 
MAAFKANLAH orang lain. Itu adalah perintah Allah SWT. Sedangkan Nabi Muhammad SAW ampunkan umatnya, apatah lagi kita yang banyak dosa dan kekurangan ini. Dalam keadaan dimana berlaku peristiwa tragis dalam hidup kita yang menyukarkan kita memaafkan orang lain, nasihat saya ialah kita telahpun menunaikan hak kita sebagai manusia kerana berusaha memaafkan walaupun perit. Selebihnya serahkan kepada Allah SWT. 

Kitapun janganlah terlalu sensitif sampaikan perkara sekecil zarah pun  nak dendam. Bukakanlah pintu hati yang tertutup itu. Maafkanlah dia, redhalah dengan apa yang terjadi dan biarkanlah setakat disitu saja. Jangan simpan dalam hati, jangan pendam berpanjangan kerana ianya lama-kelamaan akan memakan hati kita sendiri. Akhirnya timbul banyak penyakit hati seperti cemburu, panas baran, dengki dan sebagainya.

Ingat, jika kita mengasihi orang lain, Allah SWT akan mengasihi diri kita kembali. Jangan pula terlebih memaafkan orang sehinggakan orang senang mengambil kesempatan terhadap kelembutan hati kita. Maaf pun maaf juga tapi, selitkan perasaan berhati-hati untuk masa akan datang. Oleh itu, kita tidak mudah dianiaya oleh orang lain. Memaafkan memang tidak akan mengubah apa-apa, tetapi Allah SWT akan mengangkat darjat yang tinggi dan kemuliaan kepada orang yang memaafkan orang lain.

MEMINTA MAAF
Pembaca sekalian, namanya manusia tidak pernah lari dari melakukan kesalahan. Sekali lagi saya katakan, kenapa perlu EGO?? Cuba turunkan keegoan yang terbenak dihati kita itu. Disebalik maaf yang dipinta itu, kita sudah berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan yang sama dan berusaha menjadi lebih baik selepas itu. Mengakui kesilapan sendiri merupakan perkara yang susah orang nak buat tetapi sekali kita meminta maaf, kesannya menusuk masuk ke dalam hati. Ianya akan menjadikan hati kita lembut dan kembali tenang. INGAT! Meminta maaf tidak bermaksud kita salah dan orang lain betul. Itu sebenarnya meninggikan nilai menurunkan ego yang ada dalam diri kita. 

Amalan masyarakat kita pada hari ini, bila ada perayaan baru nak minta maaf. Cuba kita buka minda kita yang sempit ini. Minta maaf sebenarnya bila-bila masa dan dimana jua kita berada. Zahirkan kemaafan kita dengan segera. Jangan tangguhkan. Kita tidak pasti bila kita akan pergi buat selama-lamanya. Siapakah kita untuk yakin bila kita akan pergi. 

Suka untuk saya memetik kata-kata ini.

ORANG yang paling CEPAT dalam MEMINTA MAAF,
adalah 'ORANG YANG PALING BERANI'

ORANG yang paling CEPAT meMAAFkan,
adalah 'ORANG YANG PALING KUAT'

ORANG yang paling CEPAT meLUPAkan KESALAHAN orang lain,
adalah 'ORANG YANG PALING BAHAGIA'


Setiap ujian yang kita dapat ada hikmah disebaliknya. Tanda Allah SWT sayang dengan kita, semakin kuat ujian yang Allah SWT turunkan. INGAT! Allah SWT tidak akan timpakan sesuatu ujian jika hambanya tidak mampu hadapinya. 

Saya akhiri, marilah kita berubah kerana ALLAH SWT. Bukan kerana manusia, bukan kerana dipaksa tetapi berubah kerana kita memang niat bersungguh-sungguh. Doakanlah semoga Allah SWT hantar orang yang baik-baik untuk kita. Setiap hari sebelum tidur, muhasabah diri kita balik, maafkan orang yang pernah menyakiti hati kita dan berazam menjadi lebih baik di esok hari. Salam sebarkan ilmu. Sampaikan walau satu ayat.




Share this:

JOIN CONVERSATION

2 Komen membina:

  1. saya minta maaf moon andai terkasar dan melukakan hati mu...=)..betul tu moon klu minta maaf tu bila2 masa pun blh jgn tgu hari raya baru minta maafkan.

    ReplyDelete
  2. Hai Sha! Sahabat baik dunia dan akhirat.. Begitu juga dengan saya Sha..Saya nak minta maaf ya jika saya ada menyinggung perasaanmu selama kita berkawan.. Sama-salah kita memperbaiki diri..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen.. (^_^)*