Kisah Tangisan Sebatang Tamar Menangis kerana Rasulullah



Alhamdulillah. Syukur ke hadrat ilahi. Saya masih berkesempatan untuk berkongsi dengan anda semua. Kisah yang bakal saya ceritakan ini mungkin ada yang sudah sedia tahu dan ada juga yang rasanya belum pernah mendengar kisah yang menyentuh kalbu ini.

Tamar atau lebih dikenali dengan buah kurma. Buah kesukaan Nabi Muhammad S.A.W. Pohon tamar ni ada ceritanya tersendiri dan kenangan bersama Rasulullah S.A.W. Nak tahu, jom!

Dahulunya masjid dan mimbar pada zaman Nabi Muhammad S.A.W diperbuat daripada batang pohon tamar. Nabi Muhammad S.A.W akan berdiri di mimbar apabila baginda berkhutbah. Ada seorang sahabat nabi pandai dalam membuat mimbar. Oleh yang demikian, sahabat tersebut menggantikan mimbar lama kepada mimbar yang baru. Batang tamar daripada mimbar yang lama ditinggalkan tidak berapa jauh dari mimbar yang baru.

Suatu hari, sedang Rasulullah S.AW naik ke mimbar baru untuk berkhutbar, Baginda terdengar suara jeritan tangisan. Hinggakan tangisan itu menyebabkan dinding-dinding di sekeliling masjid menjadi pecah. Dari manakah suara tangisan itu? Rasulullah dan para sahabat mencari. Akhirnya mereka jumpa. Rupanya tangisan itu datangnya dari sebatang tamar yang dibiarkan.

Rasulullah S.A.W datang kepada batang tamar tersebut dan cuba menenangkannya sehinggalah suara tangisan itu menjadi perlahan dan akhirnya diam. Sesungguhnya jika baginda tidak menenangkan batang tamar tersebut, pasti dia akan menangis hingga ke hari kiamat. Masha Allah.. Baik sungguh hati Rasulullah S.A.W. 

Kemudian, Rasulullah S.A.W bertanya kepada batang tamar itu. "Wahai batang tamar, mengapakah engkau bersedih dan menangis? " Batang tamar itu menjawab, "Ya Rasulullah, aku tidak lagi diperlukan kerana sudah ada batang tamar yang baru untuk dijadikan mimbar tempat engkau berkhutbah.."

Baginda memberi 2 pilihan kepada batang tamar tersebut. " Wahai batang tamar, engkau mahu yang mana? Mahu aku doakan engkau hidup di dunia lantas engkau hidup subur ataupun aku tanam engkau ditempat yang paling tinggi dan buahmu boleh dimakan oleh para ahli syurga? 

Apa kata batang tamar tersebut? "Wahai Rasulullah, aku mahu bersama-samamu di syurga kelak." Maka batang tamar itu ditanam didalam masjid tersebut dibawah mimbar yang baru.



Salam sebarkan ilmu.

Share this:

JOIN CONVERSATION

    Blogger Comment

0 Komen membina:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen.. (^_^)*