Kerjaya anda, masa depan anda (PART 1/3)

BENCILAH DENGAN KERJA NI!

Samada sedar ataupun tidak, kita banyak menghabiskan masa melakukan kerja yang kita benci dan bekerja dengan orang yang kita tidak suka. Susah sebenarnya nak dapatkan kerja yang kita suka. Walaupun kita mempunya kelulusan yang tinggi, itu tidak menjamin kita akan dapat kerja yang sesuai dengan kelayakan kita. Sebagai contoh, penyanyi Yuna seorang lulusan undang-undang. Akan tetapi,  beliau memilih bidang nyanyian sebagai kerjaya.

Jika anda sedang mencari pekerjaan, semestinya beberapa aspek perlu dititikberatkan.

  1. Lihat lokasi dan syarikat / jabatan itu dahulu. Jika anda sanggup ditempatkan dimana-mana, teruskan langkah seterusnya.
  2. Lihat pada syarat-syarat kelayakan. 
  3. Tanya diri anda adakah anda minat kerja tersebut? Mampukah anda lakukannya? Ini penting kerana ia melibatkan jangka masa yang panjang. Sekiranya anda dapat lakukannya dengan baik, sudah pasti anda akan bertahan di syarikat / jabatan tersebut dalam tempoh yang agak lama.  
  4. Jika semuanya sudah diputuskan, apa tunggu lagi, lengkapkan dan hantar permohonan anda. 
  5. Tawakal. Anda sudah berusaha, selepas ini apa yang anda inginkan adalah satu keajaiban. Semoga kerja yang anda pohon itu diterima dan membantu anda berjaya dimasa hadapan.

SESEORANG YANG SUKA BERALIH KERJA, RISIKO UNTUK TIDAK DITERIMA BEKERJA ADALAH TINGGI.

HMMM..... KENAPALAH JADI BEGINI???

Bersungut dalam kata lain, tidak berpuas hati dengan sesuatu dan dizahirkan melalui kata-kata atau tindakan individu itu sendiri. Bersungut adalah kawan baik kepada tidak bersyukur. Mahukah kita dilabelkan orang yang tidak bersyukur dan tidak menghargai kehidupan? Samada perkara itu besar atau kecil, kita asyik bersungut. Perlu ingat kawan-kawan, setiap dari kita ada pendapat dan persepsi masing-masing. Anda pun ada pendapat tersendiri. Mulai hari ini, jika kita dapati ada ketidakpuasan hati dalam sesuatu perkara, cuba berfikiran positif. Anggap itu adalah pendapat mereka. Jangan sesekali menganggap semua pendapat anda betu dan pendapat orang lain salah. Anda sebenarnya pentingkan diri sendiri. Bersikap terbukalah dan sedia menerima pendapat orang lain. 

CANTIKNYA BAJU DIA. DIMANA DIA BELI??

Macam mana kita nak mengelak dari bersaingan dengan orang dan rasa disaingi? Caranya, jangan hiraukan!. Contohnya, jika mereka mendapat sesuatu yang baru seperti kereta baru, baju baru. Jangan juga hiraukan kejayaan mereka. Malah jadikan kejayaan mereka satu pembakar semangat untuk anda berjaya seperti mereka. Orang yang nak bersaing dengan anda akan menghentikan niat mereka untuk bersaing apabila mereka menyedari bahawa anda tidak mahu bersaing dengan mereka. Anggaplah perkara yang mereka lakukan itu tidak memberi apa-apa makna bagi anda.

BOSANNYA!!

Anda adalah seorang yang normal jika pernah mengalami kebosanan. Sebenarnya, tidak semua kerja yang kita lakukan itu membosankan. Itu semua dari diri kita sendiri bagaimana kita menghadapinya. Sesetengah orang berpendapat, tugas seperti menjawab panggilan telefon adalah kerja yang membosankan. Anda sebenarnya perlu keluar dari tampuk lama. Anggaplah setiap kerja yang diberikan adalah satu amanah dan tanggungjawab yang perlu anda laksanakan sebaiknya. Ini menguji sejauh mana integriti anda bekerja. Supaya kerja anda itu tidak rasa membosankan, gunakan kreativiti dan imaginasi anda. Oleh yang demikian, kerja yang bosan menjadi lebih menarik.

Tunggu ya untuk bahagian ke 2...




Share this:

JOIN CONVERSATION

    Blogger Comment

0 Komen membina:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen.. (^_^)*