Mengapa perlu diam?

Assalamualaikum Wbt. 


Salam 7 Muharram 1436 H. Tahun baru Islam mengorak langkah. Semoga kita berhijrah ke arah yang lebih baik dengan azam yang kuat dan mantap In shaa Allah..Entry kali ini berkisar tentang 1 perkataan yakni DIAM? Adakah pembaca saya seorang yang pendiam? Atau banyak bercakap? Mana yang lebih baik banyak bercakap atau berdiam lebih baik?

Saya bawa anda kepada satu analogi. Katakan ada seorang rakan anda yang sangat pendiam ditempat kerja. Jarang sangat bercakap kecuali apabila ditanya. Apa persepsi anda dan orang sekeliling? Pasti ada yang positif dan ada juga yang berbaur negatif. Kadangkala apabila diam, orang akan nampak kita lain dari yang biasa. Sebab apa? Mungkin sebab sebelum ini kita lebih ceria dan peramah, tiba-tiba mendiamkan diri. Itulah yang menyebabkan mereka tertanya-tanya. Ada pula orang yang memang sifatnya pendiam sejak dari bangku sekolah. Persepsi masyarakat itu sebenarnya pada saya tidak penting malah merosakkan mood bekerja kita jika terlalu mengambil kira. Yang penting, kita tahu apa yang kita lakukan itu betul dan tidak menyebabkan fitnah.

Pembaca yang saya hormati, kadangkala kita perlu mendiamkan diri buat seketika. Pernah tidak anda pergi satu tempat yang jauh dari kesibukan kota seperti tepi pantai? Yang belum, cuba pergi dan anda akan dapati dunia ini sangat indah. Ciptaan Allah melebihi segalanya. Kemudian, selamilah hati anda. Apa yang terbuku sekian lama difikiran..

'PAUSE' kan diri kita. Sebab apa DIAM?

  1. Melihat dan merenung jauh kelemahan diri sendiri dari bercakap yang tiada penghujungnya.
  2. Memberi masa kepada otak kita untuk berfikir sejenak mengenangkan apa yang telah kita ucapkan. Apakah kata-kata kita ada menyakitkan hati orang lain tanpa kita sedari? Apakah perkataan yang kita lontarkan baik-baik belaka? Semua itu kita kena audit semula dan ianya memerlukan kita untuk diam.
  3. Diam mengelakkan kita dari mengatakan sesuatu yang salah dan berdosa. Kesilapan kurang dalam bercakap malah lebih banyak dalam bersabar.
  4. Diam menjadikan diri kita tenang untuk seketika dari kehidupan yang kelam kabut sungguhpun penuh dengan masalah.
  5. Diam mengajar kita lebih berhati-hati dalam berbicara. 
  6. Diam membantu menyusun ayat-ayat yang lebih sesuai dalam berbicara.
  7. Diam mampu menutup sisa-sisa kesilapan yang kita lakukan.
  8. Diam memberi peluang agar kita melihat sekeliling dan menghargai ciptaan Allah Yang Maha Agung,
  9. Dosa melalui lidah pun berkurang.
  10. Diam mengelakkan sebarang permusuhan.
  11. Diam tidak perlu melontarkan kemaafan kepada sesiapa.
  12. Diam mengelakkan orang mengetahui isi hati kita.
Selesai saja mengaudit diri, kembalilah semula dengan masyarakat dengan azam dan sikap positif. Tanamkan dalam diri, yang anda akan menghargai orang sekeliling dan berubah ke arah yang lebih baik. 

Lebih baik diam dari berkata yang sia-sia.


Wassalam.


Share this:

JOIN CONVERSATION

1 Komen membina:

Terima kasih kerana sudi komen.. (^_^)*