Formula Solat Sempurna


Syukur ke hadrat Allah SWT.. Dengan limpah kurnianya bertemu kita sekali lagi di satu ruang yang terhad untuk berkongsi sedikit ilmu moga-moga memberi manfaat kepada yang pembacanya.

In sha Allah. Pada kali ini saya akan berkongsi satu topik dan menyampaikannya dengan sebaik mungkin selepas mengikuti bicara ilmu yang disampaikan oleh Ustaz Razali Saibin. Setiap umat Islam tidak akan lari dari topik ini. Tajuknya ialah 'FORMULA SOLAT SEMPURNA'. Perkataan sempurna itu sendiri menarik perhatian saya untuk mengetahui lebih mendalam berkenaan topik ini. Adakah solat kita sudah sempurna? Sudah diterima Allah SWT? Wallahu A'lam.

Bercakap mengenai solat, kita pasti akan kaitkan dengan peristiwa Isra' dan Mi'raj. Peristiwa Isra' dan Mi'raj berlaku pada 27 Rejab dalam kalendar Islam. Rejab adalah bulan solat. Tidak bermaksud dikhususkan solat pada bulan Rejab tetapi sebagai mengingati peristiwa bagaimana solat difardhukan. Untuk pengetahuan saudara dan saudari, tiada amalan yang khusus dalam bulan Rejab. Sebagai contoh, tidak dikhususkan puasa sunat 1 Rejab. Semua adalah amalan umum seperti puasa harian dan solat sunat biasa. 

Isra' dimana peristiwa perjalanan darat Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Masjidil Aqsa. Mi'raj pula peristiwa perjalanan ke langit Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha.

Peristiwa sebelum berlakunya Isra' dan Mi'raj dinamakan Tahun Kesedihan / Tahun Dukacita. Ini adalah kerana pada tahun tersebut:-

  1. Kewafatan Siti Khadijah binti Khuwailid, isteri tercinta dan satu-satunya isteri nabi yang mempunyai zuriat.
  2. Kewafatan Abu Talib, bapa saudara Nabi Muhammad SAW.
  3. Dakwah baginda ditolak di Thaif (Kebanyakan keturunan sebelah ibu Nabi Muhammad SAW. Ketika inilah baginda dilempar dengan batu dan dipukul sehingga darah mengalir hingga jatuh ke sepatu baginda.
Ketiga-tiga peristiwa ini memberi kesedihan terhadap Nabi. Akan tetapi baginda tabah dan cekal menghadapi ujian Allah SWT. Solat sebenarnya penyejuk hati dan memberi ketenangan kepada diri. Kelebihan dan keistimewaan Islam salah satunya ialah apabila kita menunaikan solat, doa dan hati kita terus kepada Allah SWT. Tiada benda yang menjadi perantaraan ataupun penghalang untuk kita bertemu Allah SWT.


Sebelum solat, kita hendaklah menyucikan diri kita dahulu dengan sebenar-benar suci yakni berwudhu'. Jangan berwhudu jika keadaan kita :
  1. Kelam kabut
  2. Badan tidak bersih/berbau
  3. Istinjak tidak dijaga
  4. Pakaian kotor
Kita sebagai umat Islam juga boleh mengamalkan Mi'raj sendiri. Bagaimana?

Lapisan Pertama - Bersihkan Lidah dari :
  1. Mengumpat
  2. Membuka rahsia
  3. Menipu
  4. Mengejek
  5. Banyak bercakap
  6. Banyak ketawa
  7. Janji palsu
  8. Berpura-pura
  9. Mencela / Menghina (Daripada ibnu umar, rasulullah saw bersabda: “orang islam itu adalah saudara kepada seorang islam yang lain, tidak boleh dia menzaliminya atau membiarkannya dizalimi. )
  10. Menyanyi
  11. Bertengkar
  12. Mengeluarkan kata-kata yang jahat
  13. Bersumpah / Menyumpah
INGAT! PALING BANYAK MAKSIAT ADALAH MELALUI LIDAH. Lidah Mampu Bawa Manusia Masuk Syurga Atau Neraka.

Lapisan Kedua - Jauhi Telinga dari :
  1. Mendengar perbualan orang lain
  2. Mendengar orang mengumpat
  3. Mendengar perkara yang sia-sia
  4. Mendengar muzik yang melalaikan
Lapisan Ketiga - Jaga pandangan Mata dari :
  1. Melihat cerita lucah
  2. Mengintip /Mengintai
  3. Melihat aurat bukan mahram
  4. Melihat harta benda dunia (Materialistik)
Apabila kita melihat sesuatu yang mengagumkan di dunia, selain baca Subhanallah bacalah doa ini:

"Ya Allah, tidak ada kehidupan melainkan kehidupan akhirat"
-Allahumma La 'Aisya Illa 'Aisyul Aakhirah-
Lapisan Keempat - Mengawal Tangan dari :
  1. Menyentuh bukan mahram
  2. Memukul / Menampar
  3. Memberi isyarat jijik / kotor
  4. Berlagak
Lapisan Kelima - Menjaga dan melindungi Kemaluan dari :
  1. Tidak bersuci dengan baik
  2. Berzina 
  3. Bermain-main / menyentuh kemaluan
  4. Mendedahkan kemaluan
Lapisan Keenam - Menjaga Perut dari :
  1. Terlebih makan dan minum
  2. Makan dan minum yang haram
  3. Minum arak
  4. Mengambil dadah
Lapisan Ketujuh - Menjaga Kaki dari :
  1. Bertemu bukan mahram
  2. Masuk tanpa izin
  3. Masuk pawagam tanpa mahram dan melihat yang haram
  4. Ke tempat yang sia-sia (Tiada tujuan)
  5. Ke tempat karaoke
"Sesungguhnya orang yang berjaya ialah orang yang khusuk dalam solatnya." 

Sumber : https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjcG_Ky9NnV0xGYHXy94_3v8RaIn1Xy0XgECUnDfFQJfu5-odsTrA-WrZv_GHoOl5DQrMAePeWVE4GR8ovEYdoM0tC0Mmz01OQ1HFHUUzvYobfJ4HBkhtNhYKU8LJzPEpOCAOo7-YsQ57tG/s1600/solat1.jpg
INGAT! setiap tertib yang kita lakukan dalam solat mestilah ada Tomakninah ( tenang diri). Pastikan semua anggota bergenti bergerak barulah kita teruskan bacaan dan jangan terburu-buru. Jika imam cepat, memadailah dengan membaca sekali sahaja  bacaan ketika rukuk dan sujud.

Kesimpulannya, Allah SWT akan kira amalan solat kita bermula dari mengambil air wudhuk. Sesungguhnya, jika kita menjaga ketujuh-tujuh lapisan yang disebutkan, In shaa Allah solat kita akan diterima Allah SWT. Yang baik itu datangnya dari Allah SWT yang kurang dan silap itu datangnya dari saya yang sentiasa ingin memperbaiki diri. Saya doakan pembaca sekalian berada dalam lindungan Allah SWT. Amin.

Sebelum itu, saya nak kongsikan satu laman sesawang yang memberikan banyak maklumat berkenaan Islam untuk anda semua. Laman sesawang ini terdapat dalam beberapa bahasa termasuklah bahasa Melayu. Jom baca.. 


www.zawiyah.org



Wassalam.



Share this:

JOIN CONVERSATION

2 Komen membina:

  1. 💂penuh bermakna... alhamdulillah..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah
    Jazakallahu khairan
    Barakallah hu fikum

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen.. (^_^)*