Assalamualaikum warahmatullahi wabarokaatuh..
Salam kepada semua. Akhirnya saya dapat meluangkan sedikit masa untuk mengemaskini blog yang lama dah ditinggalkan ini. Rindu sangat nak menulis kembali. In syaa Allah. Doakan saya konsisten dalam menyebarkan ilmu kepada semua.
Kali ini, saya nak berkongsi dengan pembaca semua pengalaman melawat satu pameran yang sangat berharga. Saya tidak dapat nak jelaskan dengan panjang lebar. Biarkan gambar-gambar ini sahaja yang berbicara.
|
Kitab ini mencerikan tentang keyakinan dan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah. Berusia 170 tahun |
|
Kitab ini ditulis dengan tangan kuno. |
|
Keris Sakti bermotif corak indah dari Kerajaan Hindu Buddha |
|
Al-Quran terbesar di Dunia. Ditulis di atas daun lontar di Kepulauan Jawa. 30 Juzuk. Ditulis pada zaman Wali Songo (Wali 9) |
|
Terompah kuno |
|
Serban kuno peninggalan ulama terdahulu sekitar 150 tahun dahulu. |
|
Al-quran berusia 195 tahun. Ditulis dengan tangan, Kualiti kertas berasal dari Eropah |
|
Al-Quran berusia 150 tahun. Ditulis dengan tangan. 30 Juzuk |
|
Ditulis dalam helaian kertas yang diperbuat daripada kulit ubi kayu. Tulisan tangan. Dianggarkan berusia 500 tahun. |
|
Replika pedang Rasulullah S.A.W. Pedang Al-Ma'thur. Pedang pertama yang dimiliki Rasulullah. Pada sarung pedang terukir tulisan "Abdullah ibn Abdul Muthalib" dalam bentuk kaligrafi al-Kufi. |
|
Meriam pemberian oleh angkatan bersenjata India kepada panglima di Indonesia |
|
Lukisan tangan yang dihasilkan oleh W. Waltess, seorang juwatan Eropah di Scotland. Dipercayai ratusan tahun. |
|
Al-Quran Concordia Resparvae Crestunt. Berusia 300 tahun |
|
Kitab lama. Berusia sekitar 150 tahun |
|
Kitab berusia sekitar 154 tahun dalam kalendar Hijrah. Ditulis atas kertas kapas. |
|
Kitab berzanji, Dibawa oleh pedagang dari Yaman sewaktu penyebaran Islam di Kepulauan Nusantara pada abad ke-14 |
|
Al-Quran Istanbul terkecil di dunia. Merupakan al-Quran terkecil di dunia. 30 Juzuk. Hanya beberapa orang yang memilikinya. |
Salam sebarkan ilmu.