Home
Archive for
March 2012
Lajukan PC/Desktop Anda Dengan Notepad!
Pertama sekali, sila buka Notepad dan copy kod berwarna merah di bawah ini dan paste ke dalam Notepad tersebut.
mystring=(80000000)
Selepas itu, Save As...
mystring=(80000000)
Selepas itu, Save As...
Pilih di manakah anda ingin save file tersebut. XLAWS selalu pilih desktop je. Jangan lupa namakan file tersebut kepada RAM.vbs dan akhir sekali tekan button Save.
Hasilnya akan dapat seperti gambar di bawah ini. Cara menggunakannya hanyalah perlu klik 2 kali pada file RAM tersebut.
Sebelum menggunakan file tersebut sila baca tips-tips ini terlebih dahulu sebagai peringatan.
Tips penting daripada saya, untuk keselamatan data anda:
- Anda boleh guna komputer anda seperti biasa dan JANGAN klik RAM.vbs ini selagi komputer anda berada dalam keadaan OK.
- Hanya klik RAM.vbs ini semasa PC anda slow.
- Bagi yang mempunyai duit lebih, anda digalakkan membeli dan menambah RAM pada PC anda. Tetapi, bagi pengguna biasa, anda cuma perlu ikut tips yang saya beri ini saja sudah memadai.
Jangan risau! Tiada apa-apa yang akan berlaku sekiranya anda ikut tips saya dengan baik dan alamilah sendiri kehebatannya! =D
Credit to : Sharing Knowledge..
Ramai Menangis & Insaf Membaca Kisah Si Kecil Ini…
Suatu hari selepas saya memberikan satu pengisian di dalam slot bersama remaja, datang seorang remaja darjah 6 duduk di tepi meja saya.
“Ustazah, doakan saya supaya dapat 5A dalam UPSR.”
“InsyaAllah, UPSR 5A.”
Selepas saya berkata sedemikian, dia masih tidak berlalu pergi. Dia tetap duduk sahaja dekat dengan meja saya. Katanya lagi,
“Ustazah, ini serius tahu!”
Saya senyum sembil berkata;
“Ya, saya tahu. Memang UPSR 5A dari dahulu hingga sekarang. Atau sudah bukan 5A lagi sekarang?”
“Ustazah ini beriya-iya mahu doa, tetapi tidak pula bertanya siapa nama saya.”
Saya mula merasakan anak ini serius dengan kata-katanya. Saya bertanyakan namanya. Setelah diberitahu nama, dia berkata lagi,
“Ustazah mesti doakan saya dapat 5A ya.”
“Boleh ustazah tahu, mengapa kamu bersungguh-sungguh mahu ustazah doakan?”
Dia menyambung lagi,
“Ustazah, saya meminta untuk didoakan agar dapat 5A dalam UPSR kerana saya mahu menuntut hadiah daripada ibu saya. Ibu tidak tahu lagi, apa hadiah yang saya mahukan.”
Dalam fikiran saya, tentulah hadiah yang dimahukan seperti Basikal, PS2, video game atau yang seumpama dengannya.
“Boleh kamu kongsi dengan ustazah dahulu, hadiah apakah yang kamu mahukan daripada ibu kamu sekiranya kamu mendapat 5A?”
“Ustazah, saya harus dapat 5A. Kerana sekiranya saya dapat 5A, saya mahu tuntut hadiah daripada ibu supaya dia menutup aurat dengan sempurna, memakai tudung.”
Pada ketika itu juga, saya menadah tangan berdoa,
“Wahai Allah, Engkau mendengar luahan hati anak ini. Sekiranya dengan 5A boleh menjadi penyebab ibunya mendapat hidayah-Mu, Engkau berikanlah 5A kepada anak ini wahai Allah.”
Kredit : Cahaya Islam..
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)